Menteri jatuh sakit, keadaan kritikal

Menteri Perniagaan United Kingdom (UK), Alok Sharma gemaparkan negara apabila jatuh sakit di dewan rakyat. Beliau kini istirehat di rumah dan diuji untuk COVID-19.

Sharma dilapor mengadu tidak sihat apabila buat ucapan berkenaan Rang Undang-undang Tadbir Urus Korporat dan Insolvensi.

Kenyataan pejabat Sharma menyebut beliau kini sedang menjalani proses kuarantin di rumahnya, kata laporan Associated Press.

Selasa lalu, ahli Parlimen mengundi untuk menamatkan sistem pengundian jarak jauh yang membenarkan mereka bekerja dari rumah sepanjang pelaksanaan perintah berkurung di negara itu.

Kerajaan UK berkata ahli Parlimen harus menjadi contoh kepada rakyatnya dengan kembali bekerja di pejabat dengan kelonggaran sekatan pergerakan secara beransur-ansur di negara itu.

Sebelum ini, beberapa menteri disahkan positif COVID-19 pada March dan April lalu, termasuk juga pegawai menteri yang terkena jangkitan sekali.