Menteri kantoi santau PM sebab nak dapat jawatan

Ingat lagi cerita Menteri santau Presiden sebuah negara pada bulan lepas? Hari ini terdedah semua hal dalaman kerja buat menteri terebut.

Menteri yang juga seorang wanita kini menjaga portfolip Alam Sekitar dan Iklim Maldives, Fathimath Shamnaz Ali Saleem itu ditahan polis di ibu negara Male pada minggu lepas atas tuduhan ‘santau’ terhadap Presiden Dr. Mohamed Muizzu.

Shamnaz yang secara resmi menjabat sebagai Menteri Negara Lingkungan Hidup, Perubahan Iklim dan Tenaga, ditahan pada Ahad bersama dua individu lain yang identinya tidak didedahkan, kata laporan South China Morning Post.

Penahanan Shamnaz selama seminggu adalah sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Bagaimanapun, polis masih belum memberikan penjelasan terperinci berhubung punca penahanan itu.

Media Maldives, The Sun, melaporkan Shamnaz didakwa melakukan ilmu hitam terhadap Presiden Dr. Mohamed Muizzu, tetapi polis tidak mengesahkan atau menafikan laporan itu.

Shamnaz memegang jawatan penting dalam menangani isu perubahan iklim di Maldives, sebuah negara di barisan hadapan krisis iklim global.

Pakar alam sekitar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa peningkatan paras laut boleh menyebabkan Maldives hampir tidak dapat didiami menjelang akhir abad ini.

Walaupun amalan ilmu hitam tidak dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah undang-undang sekular Maldives, ia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan di bawah undang-undang syariah Islam yang terpakai di negara majoriti Islam ini.

Masyarakat di pelbagai wilayah di Maldives sering mengamalkan upacara tradisional dengan kepercayaan bahawa upacara ini boleh membawa kebaikan kepada diri mereka sendiri dan mengutuk musuh.

Dalam kejadian pada April 2023, seorang wanita berusia 62 tahun dibunuh oleh tiga jiran di kawasan Manadhoo selepas dia dituduh melakukan upacara sihir hitam.

Bagaimanapun, polis gagal menemui bukti menunjukkan wanita itu terlibat dalam kegiatan sihir.

Penahanan Shamnaz mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai dan mencetuskan perbincangan mengenai pengaruh kepercayaan tradisional terhadap kehidupan moden di Maldives.

Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan siasatan ini dengan adil dan telus bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara. Baca: Elakkan letak 3 bahan ini dalam peti ais, rupanya boleh buat makin rosak