Menteri sahkan Covid-19 boleh merebak melalui kentut

Menteri kerajaan Britain mendapati Covid-19 boleh merebak melalui kentut, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Beberapa pegawai telah menunjukkan bukti peribadi bahawa virus itu boleh merebak melalui pembuangan gas badan di kawasan yang sempit seperti tandas.

Seorang menteri memberitahu akhbar The Telegraph bahawa mereka membaca tentang maklumat yang boleh dipercayai itu melalui kajian negara-negara lain seluruh dunia.

Mereka mendakwa, terdapat bukti kaitan jejak yang berkaitan dengan genomik antara dua individu dalam satu tandas di Australia.

Terdapat juga kes yang didokumenkan tentang penyebaran virus tersebut melalui paip air ketika perintah berkurung di Hong Kong apabila saluran paip U itu telah kering.

Saintis Britain bagaimanapun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Seorang jurucakap Perdana Menteri berkata dia tidak tahu bahawa koronavirus boleh merebak melalui kentut.

“Kami menyimpan semua bukti saintifik terbaharu untuk kajian lanjut,” katanya.

Mei lalu, seorang doktor dari Australia, Andy Tagg berkata kentut boleh menyebabkan koronavirus selepas menilai ujian yang diambil daripada pesakit Covid-19 awal tahun ini. -Agensi

SUMBER : https://www.kosmo.com.my/2021/07/25/covid-19-boleh-merebak-melalui-kentut/