Sudah agak lama penjawat awam di Malaysia tidak merasai kenaikan gaji. Kali ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kenaikan gaji dapat direalisasikan akhirnya.
Bermula dengan pengumuman masa hari pekerja 1 Mei 2024 lepas, ramai penjawat awam mengharapkan kenaikan gaji yang tinggi dan berbaloi dengan usaha mereka selama ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi gambaran peratusan gaji yang akan naik sehingga 42.7 peratus.
“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, yang akan mula diedarkan minggu ini adalah garis panduan berkait kenaikan gaji penjawat awam.
“Jadi insya-Allah bermula minggu depan, kita akan dapat gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam yang dijangka sekitar 15 hingga 47 peratus.
“Peningkatan ini bagi kumpulan pelaksana paling tinggi, manakala bagi kumpulan seperti KSU (Ketua Setiausaha), Ketua Pengarah, peningkatannya lebih sederhana,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Fahmi berkata, pada mesyuarat Kabinet itu, Jemaah Menteri diingatkan bahawa terdapat beberapa perkara membabitkan aspek implikasi kewangan susulan kenaikan gaji penjawat awam.
Katanya, perkara berkaitan implikasi kewangan itu bukan sekadar di bawa dalam mesyuarat Kabinet, malah menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober ini.
“Jadi untuk perincian terutama dari aspek jumlah yang perlu diperuntuk bagi kenaikan gaji, perincian akan boleh dilihat dalam dokumen Belanjawan 2025.
“Ini adalah usaha Kerajaan Madani untuk memastikan supaya penjawat awam dapat menikmati kenaikan gaji,” tambahnya.
Baca: Bumi sebenarnya berbentuk donat bukan sfera – Influencer pro PN