Mentol zaman kini 5 tahun tukar baru, tapi kisah mentol ini menyala zaman Titanic lagi tak pernah ‘off’

Jika sebelum ini kami pernah menulis artikel mengenai bagaimana barang zaman 70-an dan 80-an bertahan begitu lama, kini kami berkongsi artikel mengenai mentol yang menyala selama lebih 100 tahun, ya lebih seratus tahun!

Adakah anda pernah melihat mentol lampu yang terus bernyala selama lebih 1 abad (118 tahun)? Lampu pijar ini telahpun menyala sejak zaman Titanic dibina (1909)

Dan tenggelamnya Titanic (1912), peristiwa Perang Dunia Pertama (1914), kejatuhan Saham di Wall Street New York pada (1929), Perang Dunia Kedua (1939), penciptaan bom atom pertama (1945) dan seterusnya pelancaran manusia pertama di bulan iaitu Neil Amstrong pada tahun 1969, pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1992 dan ia terus menyala sehingga memasuki alaf millinea baru iaitu zaman moden tanpa kerosakan sekalipun.

Amatlah hairan jika dibandingkan dengan mentol zaman kini yang dalam jangkamasa 5 tahun sahaja sudah terbakar dan tidak boleh digunakan, dan perlu ditukar.

Inikan pula mentol dihasilkan lebih 100 tahun yang melalui pelbagai zaman dan terus menyala? Sungguh aneh? Mentol ini pernah memasuki rekod dunia The Guinness Book of World Records, Ripley’s Believe It or Not!, dan General Electric sebagai mentol yang paling lama menyala di dunia.

Ini bukanlah satu keanehan tetapi ia benar-benar berlaku apabila terdapat sebuah mentol yang menyala selama lebih 1 abad ini menyala malap di Balai No 6, di 4550 East Avenue iaitu Balai Bomba Livermore-Pleasanton di California, Amerika Syarikat.

Sejak ia dicipta oleh Adolphe A. Chaillet pada tahun 1890-an dan dihasilkan pada tahun 1901 oleh pengeluar lampu pijar iaitu Shelby Electric Company yang terletak di Shelby, Ohio.

Ia telahpun menyala selama lebih 100 tahun, mentol antik dan bersejarah secara asalnya mempunyai kapasiti keamatan cahaya sebanyak 60 watt namun sejak ia telah melalui beberapa dekad yang lama, keamatan cahaya nya kini telahpun bersamaan dengan sebuah mentol malap 4 watt.

Buat pengetahuan anda, cahaya lampu elektrik adalah satu “kemewahan” di awal abad ke-20 di Amerika Syarikat dan tidak kesemua populasi ketika itu mempunyai akses kepada elektrik.

Dan untuk balai bomba ketika itu, mereka terpaksa mengisi minyak gas dibalai sebelum bertolak bersama lampu gas dipasang pada kereta sorong yang membawa hos kebakaran untuk memadam kebakaran diwaktu malam. Oleh itu, Dennis Bernal iaitu pemilik syarikat Livermore Power and Water Company mendermakan mentol itu kepada Balai Bomba Livermore setelah Dennis menjual syarikatnya itu.

Sejak kali pertama mentol buatan Shelby Electric Company ini dipasang di kereta sorong yang membawa hos memadam api di L Street pada tahun 1909, ia tidak bertahan begitu lama untuk mentol itu kekal sebelum dipindahkan lagi ke Balai Bomba utama di Second. Menjelang tahun 1903, mentol tersebut dipindahkan ke Station 1 di First dan Mcleod.

Pada tahun 1937, terdapat proses mengubahsuai yang berlaku di balai bomba berkenaan apabila mentol itu terpaksa dipadamkan selama seminggu. Kemudian, buat pertama kali dalam hayat lampu mentol itu selama 75 tahun, ia mula disambungkan kepada grid kebangsaan di Amerika Syarikat dengan bekalan arus 110 Volt dan tidak dihubungkan bersama dengan bekalan kuasa sokongan.

Ini bagi mengelakkan mentol itu meletup dari limpahan kuasa (power surge) dari berlaku dan merosakkan mentol tersebut. Kedudukan mentol ini dibiarkan kekal di stesen tersebut sehingga pada tahun 1976, sebelum dipindahkan ke Balai Bomba Livermore-Pleasanton di California.

Ia dihubungkan bersama dengan peranti bekalan kuasa sokongan dibawah seliaan Kapten Kirby Slate. Mentol itu dipindahkan dengan konvoi polis dan jentera bomba, memberi satu penghargaan kepada mentol bersejarah itu.

Sejak 8 Jun 2001, mentol ini menyambut ulangtahunnya yang ke-100 tahun, malahan mentol ini diletakkan dibawah pengawasan kamera untuk disiarkan secara langsung melalui internet. Melalui pemerhatian kamera pengawasan Webcam, anda boleh melihatnya menyala secara lintas langsung, Cuma video akan dikemaskini setiap 30 saat. Boleh layari pautan ini : https://www.centennialbulb.org/

Meskipun dengan pemasangan sistem kuasa sokongan tambahan untuk mengelakkan mentol itu dari terpadam sewaktu ketiadaan elektrik, satu keadaan tidak diingini berlaku pada petang Mei 20 tahun 2013, mentol itu dilihat kelihatan telah terbakar.

Gambaran siaran yang diperoleh dari webcam ketika hari itu menyebabkan orang yang menjaganya gusar. Namun, menjelang pagi hari seterusnya, seorang juru-elektrik dipanggil untuk menilai keadaan semasa yang terjadi pada mentol bersejarah itu. Setelah pemeriksaan dilakukan, punca mentol itu terpadam adalah akibat dari sumber bekalan kuasa yang mengalami litar pintas dan rosak, dan bukannya mentol itu yang rosak terbakar.

Setelah sistem bekalan kuasa ke mentol itu dibaikpulih, mentol itu mula menyala kepada kemaatan cahayanya yang asal pada tahun 1901 sebelum bertukar malap. Ia berkemungkinan untuk menyelamatkan tungsten dari rosak.

Mentol ini dijaga oleh pihak bomba di Balai Bomba Livermore-Pleasanton sejak bergenerasi. Syarikat Shelby Electric Company yang menghasilkan lampu pijar unik ini telahpun dijual kepada General Electric (GE), Syarikat itumerupakan syarikat terkemuka di Amerika Syarikat selain syarikat Edison and Swan Electeric Light Company ketika itu pada awal abad ke-20 didalam teknologi penghasilan lampu pijar.

Mentol dihasilkan oleh syarikat itu direka untuk bertahan lama dan pernah digelar “best lamp on earth” (dan sememangnya begitu berkualiti tinggi sehingga menyebabkan syarikat itu sendiri “terkubur”), dan karbon yang digunakan untuk menghasilkan tungsten lampu pijar tersebut mempunyai kekerasan hampir menyamai kekerasan sebutir berlian.

Semenjak jangka hayat luarbiasa lampu pijar melebihi 20 tahun itu mula disedari oleh syarikat pengeluar mentol lampu sedunia ketika itu, terdapat satu gerakan telah mula wujud. “Phoebus Cartel” merupakan satu gerakan yang dilakukan oleh kesatuan dan syarikat pengeluar mentol sedunia sekitar tahun 1924. Ia merupakan satu usaha untuk memendekkan jangka hayat mentol secara dramatik.

Melalui usaha dan penyelidikan saintis mereka mampu menghasilkan mentol yang akan rosak dalam satu masa yang ditetapkan dan mustahil untuk dibaikpulih. Ini memastikan bisnes sentiasa terus berjalan. Ini juga dinamakan sebagai “planned obsolescence”, taktik ini digunakan untuk memastikan apa jenis barang-barang yang digunakan mempunyai jangka hayat tertentu sebelum dibuang akibat pengguna memikirkannya ketinggalan zaman mahupun rosak dan terpaksa membeli baru semula benda yang sama.

Walaupun ia membantu menghasilkan lebih banyak inovasi dan peluang pekerjaan melalui “planned obsolescence” Malahan, jika sebuah syarikat mentol itu didapati menghasilkan mentol yang mempunyai jangka hayat yang begitu lama ketika itu, mereka pasti akan didenda oleh “Phoebus Cartel”. Kelihatan sukar dipercayai namun ia benar-benar telah terjadi.

Walaupun “Phoebus Cartel” telah lama tiada namun mentol moden mempunyai jangka hayat yang tidak lama sepertimana yang dihasilkan 100 tahun dahulu, ini kerana setiap lampu dengan jangka hayat yang panjang menghasilkan lebih banyak haba, kurang keamatan cahaya dan membazirkan bil elektrik akibat makin tidak cekap tenaga.

Baca juga: Netizen suruh ‘spread awareness’ bukannya derma- Pempengaruh Syamimia enggan berkongsi hantaran tentang Palestin