Umum mengetahui pelakon Zahirah Macwilson pada ketika ini sedang dalam tempoh berpantang anak kedua hasil perkahwinan bersama dengan pelakon kacak iaitu Aiman Hakim Redza.
Namun, apa yang meraih perhatian ialah menu yang dikongsikan oleh pelakon tersebut yang cukup menyelerakan dan menarik hasil air tangan ibunya, Maslinda Yusof.
Walaupun kelihatan biasa, namun hidangan yang ditonjolkan itu cukup nutrisi hingga membuatkan ramai yang terliur.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mendakwa tidak pernah menikmati makanan pantang sebegitu enak seperti yang dipaparkan di instagram pelakon tersebut.
“Lain betul dengan pantang mak-mak di Malaysia ya. Semua benda tak boleh.”
“Berbeza betul dengan makanan berpantang kami.”
“Dia punya menu macam hotel 5 bintang. Saya berpantang makan ikan kering bakar dengan nasi je.”
“Makanan pantang tu sedap betul.”
“Kami yang tak berpantang pun dah terliur tengok.”
Isteri kepada pelakon Aiman Hakim Redza itu selamat melahirkan cahayamata kedua di sebuah hospital yang terletak di Australia pada 31 Mei 2024.
Baca juga: “Esok satu Malaysia akan gembira”-Kakak ibu Zayn Rayyan