Menu pelik! Wanita ini kongsi cara buat agar-agar perisa ikan keli siap selamba je kunyah

Tular di media sosial satu menu pelik wanita ini berkongsi cara buat agar-agar perisa ikan keli, wah… ikan keli pun boleh buat perisa dan siap kunyah bagai.

Wanita berkenaan dari Indonesia dan perkongsian itu telah dibuat oleh seorang wanita bernama @tersakitiiii10 di TikTok.

Memetik Liputan6, ikan keli yang terkenal dengan isinya yang sedap kebiasaannya hanya digoreng kering, namun menjadikan ia sebagai agar-agar sangat di luar jangkaan.

Berdasarkan perkongsian video berkenaan, wanita itu juga dilihat menunjukkan proses memasak agar-agar ikan keli tersebut.

Menurut wanita itu, proses membuat hidangan itu hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu serbuk jeli dan ikan keli.

Perkara pertama yang dilakukan wanita itu ialah merebus dua ekor ikan keli sehingga separuh masak. Kemudian ikan keli tadi diangkat dan dimasukkan ke dalam acuan jernih.

“Resepi rahsia,” tulis kapsyen muat naik video perkongsian tersebut pada 23 Jun lalu.

Serbuk jeli yang digunakan oleh wanita itu adalah sejenis berwarna putih tanpa perisa. Wanita itu menggunakan dua bungkusan jeli sekaligus dalam penyediaan resepi rahsia tersebut.

Panaskan air di dalam bekas yang berlainan. Setelah air mendidih dan mereneh, serbuk jeli dimasukkan dan digaul rata.

Wanita itu kemudian memasukkan ikan keli yang sudah direbus ke dalam acuan diikuti dengan adunan jeli tersebut. Biarkan adunan jeli mengeras sebelum dimakan dan dihidangkan.

Dalam video yang sama, wanita itu juga dilihat memotong dan mahu mencuba hidangan unik tersebut.

“Teksturnya menjadi, maksud saya ia bagus,” kata wanita itu sambil memotong agar-agar tadi.
Selepas menikmati hidangan tersebut, wanita berkenaan juga memberikan markah sebanyak tujuh per sepuluh bagi jeli ikan keli resepi rahsianya itu.

Video berdurasi dua minit itu juga telah berjaya menarik perhatian netizen dengan jumlah tontonan mencapai 7.8 juta sehingga artikel ini ditulis.

Video berdurasi dua minit itu juga telah berjaya menarik perhatian netizen dengan jumlah tontonan mencapai 7.8 juta sehingga artikel ini ditulis.

Baca juga: Mahu rekod jualan tertinggi China sanggup buang kereta EV berskala besar di kawasan terpencil