‘Merajuk lah tu’, ingatkan jalan raya sesak sebab kemalangan, rupanya ada babi terbaring tengah jalan

‘Merajuk lah tu’, ingatkan jalan raya sesak sebab kemalangan, rupanya ada babi terbaring tengah jalan. Sejak semalam, tular satu video yang  mencuit hati dikongsikan seorang pengguna TikTok bernama _gulaguli.

Menerusi muat naik video berkenaan, jelas terlihat keadaan jalan raya ketika itu sesak sehingga ramai menyangka  ada kemalangan berlaku.

Tetapi rupanya ada haiwan comel  yang terbaring di atas jalan raya. Netizen menganggap mungkin khinzir itu pun merajuk tak mahu bergerak selepas terjatuh dari lori yang membawanya.

Tambah mencuit hati apabila pengguna jalan raya juga berusaha mengelak dari terlanggar khinzir berkenaan dan tiada seorang pun yang sanggup membunyikan hon kepada haiwan comel itu.

Kesiannya, apa jadi dekat khinzir tu

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap haiwan berkenaan yang terbaring sahaja di situ.

Ada juga netizen yang berjenaka menganggap bekas kekasih mereka yang terjatuh di tengah jalan.

Alahai kesiannya. Netizen pun kuat mengusik juga ehh

Baca juga: https://themalaysialife.com/natasha-hudson-kahwin-kali-kelima-minta-doa-agar-hubungan-kali-ini-berkekalan/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/rakyat-selangor-dibenar-solat-tarawih-20-rakaat-tanpa-jarak-ramadan-ini/