Merajuk punya pasal, wanita sanggup jalan kaki tak berkasut sambil diekori dengan kereta sampai sesak jalan kat belakang

“Bila perempuan merajuk jangan buat main”- Tular video wanita merajuk jalan kaki, driver Waja gigih pujuk sampai jem jalan. “Bila kekasih mula merajuk.”

Demikian respons warga net selepas tular sebuah video memaparkan pemandu kereta jenis Proton Waja memujuk seorang wanita, dipercayai kekasihnya di bahu jalan raya.

Menerusi perkongsian video TikTok @Fiedha Coway, wanita itu yang dilihat berjalan seorang diri dipercayai merajuk, akibat timbul salah faham dengan pemandu kereta tersebut.

@fiedhacoway rasanya baru balik jemputan kawin baju sepasang 🙊 mugkin ada salah paham . moga baik baik dan dipermudahkan urusannya #jbstyle🔥 #fypシ ♬ original sound – 𝓕𝓲𝓮𝓭𝓱𝓪 𝓡𝓾𝓼𝓵𝓪𝓷 – 🤍𝓕𝓲𝓮𝓭𝓱𝓪 𝓒𝓸𝔀𝓪𝔂 💙

Dalam video sama, pemandu kereta itu juga membawa kenderaannya secara perlahan bagi memujuk wanita lengkap berbaju kurung biru tersebut.

Meskipun sudah puas dipujuk, namun wanita itu tetap berkeras dan tidak langsung mempedulikan pemandu tersebut.
Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah pergerakan kereta tersebut yang dilihat perlahan, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan masa dan lokasi sebenar kejadian, namun ia dipercayai berlaku di Masai, dekat Pasir Gudang, Johor.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun memperoleh lebih 832,600 tontonan, 43,300 tanda suka dan 7,152 Perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, tidak kurang terhibur dengan pasangan tersebut.

“Aku pernah kena gini time bercinta dulu. Puas aku follow dengan motor.. lenguh kaki wei… jangan main-main dengan perempuan,” kongsi netizen.
“Aku merajuk pandang luar tingkap je sampai naik cramp tengkuk,” komen pengguna TikTok.
“Jangan buat main dengan perempuan kalau hati sakit sanggup jalan kaki walau pun jauh,” luah netizen.

Baca juga: Bijak betul! Cara murid sekolah angkat kerusi sekali beg sandang raih pujian, rupanya itu fungsi sebenar lubang pada kerusi