Menghampiri minggu akhir Ramadan, Diva AA mengamuk marahkan seorang peniaga bazar Ramadan yang menjual air tebu basi di Bangsar Baru, Kuala Lumpur.
Diva AA atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali menerusi rakaman video antara lain menyumpah bahawa peniaga terbabit akan merangkak di Padang Mahsyar mencarinya kerana menjual minuman basi itu.
“Kepada penjual air tebu di tengah-tengah bazar Bangsar Baru, azablah engkau dalam alam kubur.
“Merangkaklah engkau di Padang Mahsyar cari Diva AA. Sebab, harga dah lah RM10.
“Terbakarlah engkau di alam kubur dan merangkaklah engkau mencari Diva AA. Air tebu basi kau jual!”
“Rasa najis ye! Air tebu basi yang dijualnya,” kecam Diva AA.
Rata-rata warga maya mengakui air tebu selepas dimesin perlu disimpan segera dalam peti ais kerana tidak lama dibiar pada suhu bilik.
Tidak kurang juga terhibur, malah ada yang menyindir kembali Diva AA termasuk menulis, sama-sama merangkak di Padang Mahsyar.
Tidak kurang juga ada menasihatkan supaya Diva AA bersabar di bulan Ramadan ini.
“Di bulan mulia ni bersabarlah. Janganlah sampai sumpah seranah. Anggaplah itu ujian dalam hidup.
“Dalam dunia ni mana ada sempurna. Sabar ye, call saya. Nanti saya belanja air tebu campur kelapa madu,” kata seorang warganet.
BACA JUGA Mengapa ramai orang tak tahu kerajaan Madani banyak sediakan inisiatif menarik?