Apabila sudah meningkat dewasa, anak anak pasti akan memulakan kehidupan baru bersama pasangan hidup yang menjadi pilihan hati.
Ramai yang kerap memberikan nasihat sebelum melangkah ke alam perkahwinan dengan menyediakan rumah untuk keselesaan pasangan kerana tidak mahu menyusahkan orang tua.
Lelaki ini berkongsi kisah benar berkenaan dirinya yang tersalah langkah dalam membuat keputusan sehingga menjeratnya untuk tinggal sekali dengan mertua.
Assalamualaikum. Sini aku nak ceritakan tentang diri aku. Dulu aku bekerja di syarik4t swasta. Tapi atas faktor untuk PJJ dengan anak isteri buat kali kedua (isteri aku dapat posting ke KL), aku berhenti kerja sebab boss aku tak bagi aku balik ke HQ kami di KL dia nak aku duduk selatan jaga cawangan di sana.
Sebab sebelum tu yang mintak tukar ke sana takkan dia nk bagi aku duduk HQ balik sebab takde kekosongan. Aku bertekad untuk berhenti kerja dan cuba menjalankan perniagaan sendiri dalam sektor M&E. Sebelum berhenti kerja setahun yang lepas aku ada bincang dengan isteri aku dan dia agak kurang setuju untuk aku berhenti kerja tapi bila dikenangkan anak – anak yang masih kecil, dia cuba untuk bersetuju walaupun pahit untuk dia telan.
Ada juga aku bincang dengan family aku dan family mertua aku, mak aku cakap buat,
“bisnes betul – betul dan jangan rasu4h untuk dapatkan tender”. Bapak mertua pula cakap, “bisnes jangan tipu orang”. Bila dah dapat apa orang kata, “restu” macam tu, aku pun tender surat berhenti kerja aku pada syarikat aku dan company aku pun takde counter balik sebab dorang memang anak aku duduk di selatan dan aku cakap aku taknak sebab malas nak PJJ lagi.
Btw, mungkin ada yang akan cakap kenapa aku tak cari kerja lain? Untuk makluman, ada je sebelum berhenti aku ada pergi IV dekat beberapa company lain di KL ni. Tapi bila dorang tanya basic gaji, aku cuma tunjuk payslip dan hampir kesemua company yang aku pergi IV tu terk3jut dengan gaji basic aku, tak termasuk elaun – elaun lain. Memang aku dapat jawapan sedapkan hati “nanti kami akan call”.
Tunggu punya tunggu, bulan tak timbul – timbul. Lagi lepas p4ndemik melanda, mana ada company yang nak bayar staff gaji tinggi – tinggi. Qualification aku takde lah tinggi mana tapi company asal aku bayar tinggi sebab aku memberi 100% komitmen tu pasal gaji aku tinggi.
Tutup cerita tu, aku pun mula “lone ranger” dalam perniagaan aku. Agak struggle dan aku masih struggle. Duit simpanan habis buat modal dan rolling untuk next project lagi. Tapi tulah orang cakap, “langit tak selalunya cerah”. Sampai hari ni aku masih struggle.
Aku menumpang rumah mertua di KL ni sebab rumah lama sebab dulu aku menyewa saja (ni ada kisahnya). Tapi tulah dengan satu macam bapak mertua aku ni yang jenis ego dan baran tinggi melangit ni. Dia kerap berg4duh dengan mak mertua aku, apa sebab aku pun tak tahu. Jenis semua dia je yang betul.
Masalahnya bila dorang berg4duh isteri aku jadi orang tengah, yang isteri aku pulak tolak masalah tu dekat aku. Aku senang je, aku carutkan je dua – dua. Ye memang aku tahu dosa buat macam tu, tapi bila kerap jadi macam ni aku mula fed-up dan menyampah.
Ada sekali aku hampir tumbvk bapak mertua aku, tapi isteri aku peluk aku dan aku tumbvk pintu bilik dan pintu berlubang sampai sekarang. Memang aku tak tukar pintu tu. Saje bagi bapak mertua aku beringat. Tapi ianya tetap sama.
M4kin menjadi – jadi pulak g4duhnya. Dah le aku nak hadap masalah bisnes aku, handle anak – anak bangun pagi nak suruh mandi lepas tu hantar pegi tadika, balik basuh baju dan sidai baju lagi baru le aku keluar pergi kerja.
Bini aku pegi kerja awal pagi sebab dia masuk KL dan jalan jem. Bila dorang berg4duh, aku dengan anak bini aku pula jadi m4ngsa. Time aku anak bini jauh seboleh – boleh pujuk bini aku pindah duduk sekali dengan alasan nak main dengan cucu, rindu cucu, “apa – apa jadi nanti senang lah” tapi bila dah dapat pindah, macam ni pulak jadi.
Bini aku ada je ajak keluar dari rumah ni tapi terus terang cakap, aku tak mampu. Duit dapat dalam bisnes cukup – cukup untuk aku bayar overhead setiap bulan. Kena takde job, melopong aku. Bini cakap biar bayar sewa rumah, tapi aku tak nak sebab aku kenal bini aku yang kuat mengungkit bila kami berg4duh.
Daripada aku panas telinga disebabkan dia punya ungkit, baik aku duduk je sini. Mertua aku nak g4duh dia punya pasal, aku malas campur dan jadi aku anak bini m4ngsa keadaan. Kalau ada cara aku anak bini salah, tegur je aku lebih suka cakap direct daripada kau pendam lepas tu kau tu jadi bangang berg4duh.
Korang bayangkan aku dengan bini aku mengemas rumah, susun lah semua barang – barang bapak mertua aku elok – elok. Dia boleh marahnya aku dengan bini sebab usik barang-barang dia, siap cakap ni “ini rumah aku”. Aku dengan bini aku bersabar je lah.
Ya, aku dengan bini aku memang hari – hari mengemas sebab dua – dua ada ocd. Kitaorang tak boleh tengok barang tak bersusun dan rumah yang bersepah, dulu duduk rumah sendiri pun memang hari – hari mop lantai, toys anak – anak takyah cerita la kemas dengan jayanya.
Aku dengan bini aku kadang-kadang rasa menyesal pindah, baik kami duduk je macam dulu. Biarla duduk menyewa, asalkan hati kami tenang anak – anak happy. Ada masa tu bila dorang berg4duh, aku angkut semua baju – bajukeluar rumah tido dalam kereta je. Tapi esok pandai pulak call pujuk suruh balik.
Aku pun tak tahu nak buat apa dah. Dengan kesempitan hidup macam ni, masalah itu ini lagi. Kadang-kadang aku menangis sorang – sorang fikir masa depan bini aku, anak – anak aku. Kalau mesin masa tu ada, memang aku akan patah balik pada masa lalu. Kalau korang ada apa – apa cadangan boleh lah bantu aku, aku dah tak tahu nak buat apa dah. Sekian, – Z (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Ini rupanya tips beli emas untuk pelaburan, jangan tertipu nanti rugi banyak