Sihir dan ilmu hitam masih lagi menjadi amalan masyarakat kita sampai ke hari ini. Walaupun dalam Islam perkara ini amatlah dilarang dan berdosa besar.
Mereka yang mengamalkannya tidak akan diampuni dosanya sampai bila-bila. Sihir digunakan untuk seseorang itu mendapatkan apa yang diinginkan dengan cara yang mudah.
Ramai yang terkena sihir menderita sakit yang berlarutan dan lebih teruk lagi ada yang meninggal dunia kerana disihir.
Seorang perawat telah berkongsi di TikTok, seorang wanita yang telah disihir oleh mertua sendiri. Menurut perkongsian tersebut, wanita itu telah diperbodohkan oleh mertua dengan nasi kangkang supaya boleh mengikis hartanya.
Setiap kali mertua meminta duit darinya, mertua akan minta dalam jumlah yang besar sekitar RM50,000. Wanita itu menurut sahaja permintaan itu sehingga menggadai gelang emas dan kereta.
Dia menurut sahaja permintaan itu seolah-olah dipukau dan tidak mampu berbuat apa-apa. Perkara itu terbongkar apabila pada suatu hari dia tertinggal telefon bimbit di rumah dan berpatah balik ke rumah.
@rawatanislamusthasnan SIHIR NASI KANGKANG #rawatanislamnegerisembilan #rawatanarsyifa #rawatanislamalmustakim #rawatanislam ♬ suara asli – ♓©️♓🅰️Ⓜ️🅰️®️🅰️¹¹
Pada waktu itulah dia ternampak mak mertua sedang mengangkang atas nasi yang sedang berasap. Terus dia tersedar rupanya dia diperbodohkan selama ini.
“Patutlah selama ini dia (mertua) minta apa pun saya bagi walaupun terpaksa pakai duit modal sampai licin dalam simpanan nak back up duit modal.
Masa dia minta, Ain turutkan saja macam pak turut walaupun dalam hati sedih sebab itu duit modal. Bukan sekali tapi dah banyak kali,”ujarnya.