Meruntun hati, kisah 2 beradik ini buat netizen menangis, kendong ibu guna bakul ke hospital

Meruntun hati. Kisah dua beradik ini sanggup bergilir membawa ibu mereka menggunakan bakul buluh untuk menerima rawatan di sebuah hospital.

Ibu mereka yang berusia 89 tahun telah dirakam seorang pejalan kaki di jalan raya di barat daya perbandaran Chongqing, lapor People’s Daily.

Ketika dirakam kelihatan mereka berhenti rehat, salah seorang daripada mereka dilihat menepuk pinggang bagi menghilangkan keletihan.

Dua beradik itu berasal dari China, Chen Chuan, 58, dan adiknya Chen Li, 55, terpaksa menggunakan kaedah pengangkutan itu kerana ibu mereka mengalami mabuk kenderaan dan sakit kepala apabila duduk di kerusi roda.

Menurut isteri Chen Li, Zhang Qingrong mendedahkan, ibu mentuanya tidak mahu bertemu doktor jika jatuh sakit.

Pada 23 Oktober lalu, katanya ibu mentuanya mengadu tidak sihat sebelum dua beradik itu terfikir untuk menggunakan bakul itu untuk membawanya ke hospital.

“Sebelum ini mereka hanya mengendong ibu di belakang mereka tanpa bakul atau memeluknya dalam perjalanan ke hospital.

“Tapi kali ini mereka fikir lebih baik letak ibu mereka dalam bakul supaya lebih selesa sepanjang perjalanan,” katanya.

Perjalanan itu mengambil masa lebih 20 minit untuk tiba ke hospital.

Tahun lalu mereka berdua pernah pernah bekerja di bandar lain sebagai pekerja asing namun pulang ke kampung halaman di Chongqing dan membuka restoran mi supaya mereka dapat menjaga ibu mereka setiap hari.

Rakaman video itu tular menerima lebih 1.4 juta tontonan dan menerima lebih 60,000 komen.

Ramai netizen kagum dan terharu dengan perilaku ditonjolkan dua beradik itu dalam menyantuni ibu mereka.

Baca juga: Petani automatik jadi jutawan selepas kereta miliknya yang terbiar selama 25 tahun dijual hampir RM1 Juta