Walaupun hanya udang dan tepung, tetapi hidangan ini sangat digemari oleh ramai kerana ia mempunyai rasa yang sedap dan enak berbanding hidangan berat yang lain .
Resipi ini amat ringkas kerana hanya memerlukan lima bahan sahaja. Apabila dihidangkan bersama nasi atau dimakan secara kosong pun sudah cukup untuk memenuhi cita rasa.
Anda juga boleh mencuba merendamnya dengan sos dan mayonis untuk menambahkan lagi keenakan hidangan ini.
Tuan empunya resepi iaitu Fatyma Idris berkongsi resepi dan juga gambar hidangan udang belon yang disiapkannya. Amboi tengok pun sudah dapat menggambarkan kelazatan dan kerangupan yang terpancar dari hidangan tersebut.
Bahan-bahan:
- Udang
- Tepung penaik Blue Key (yang kotak berwarna pink tu)
- Telur
- Garam sedikit (atau secukup rasa)
- Air secukupnya
Cara-caranya:
Pertama sekali, bersihkan udang hingga benar-benar bersih. Untuk memastikan udang terlihat cantik, gunakan pengorek gigi untuk mengeluarkan kotoran hitam di bahagian belakang udang.
Setelah kotoran belakang tersebut dibuang, tidak perlu lagi membelah udang menjadi dua.
Tanggalkan kulit udang, namun pastikan untuk tidak membuang bahagian ekor. Ia memberikan tambahan rasa apabila dimakan bersama.
Kemudian, sediakan mangkuk dan masukkan tepung penaik, telur, dan garam. Ketuk dan gaulkan semua bahan sehingga rata dan sebati.
Selepas itu, tambahkan air secukupnya. Penting untuk memastikan kepekatan adunan yang sesuai, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Pastikan udang dapat melekat pada adunan tepung dengan baik.
Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian celurkan udang ke dalam tepung dan goreng dalam minyak panas tadi.
Bila dah masak dan warna bertukar agak-agak keperangan, boleh tutup api, angkat dan toskan.
Selamat menjamu selera!
Baca juga: Tuang je 3 bahan ni, cara mudah & cepat nak hilangkan bau ‘bangkai’ dari lubang sinki dapur