Mesyuarat tergempar Presiden Umno dan Menteri Umno, ini jawapan Ismail

Pemimpin Umno menafikan satu mesyuarat luar biasa melibatkan barisan menteri daripada parti itu dengan presiden, Ahmad Zahid Hamidi diadakan hari ini.

“Ini (khabar) palsu. Tiada mesyuarat seumpama itu dipanggil,” menurut Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang juga menteri kanan.

Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan juga memberi maklum balas serupa ketika dihubungi Malaysiakini.

“Tiada mesyuarat. Hanya sekadar khabar angin,” katanya.

Malaysiakini menghubungi beberapa pemimpin parti itu selepas laporan portal Suara TV hari ini mendakwa Ismail telah menghantar jemputan kepada menteri daripada Umno untuk mengadakan mesyuarat dengan Zahid di ibu pejabat parti itu di PWTC, Kuala Lumpur pada pukul tiga petang ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sumber lain yang mengesahkan perkara itu tetapi tidak mahu nama mereka didedahkan.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/579050