Mi sup juadah terakhir, ibu maut selepas tertelan gigi palsu

Mi sup juadah terakhir, ibu maut selepas tertelan gigi palsu. Wanita berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Siti Zubaidah disahkan meninggal dunia selepas tertelan gigi palsu.

Menurut laporan kompas, mangsa yang juga seorang bidan itu dikatatkan sedang menikmati mi sup yang dibeli anak mangsa, M Anugerah. Namun pada suapan kelima, mangsa tiba-tiba berhenti makan. Mangsa dikatakan sudah mula tersedak kerana merasakan ada sesuatu yang tersangkut pada kerongkongnya.

Saat diperiksa, ternyata gigi palsu bahagian graham atas tertelan bersama makanan yang dimakan ibu

Anak mangsa terus cuba membantu dengan menepuk bahagian belakang ibunya dengan harapan gigi palsu tersebut dapat dikeluarkan, malah mereka turut memberikan air kepada mangsa namun usahanya sia-sia.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan tapi pembedahan tidak dapat dilakukan kerana mangsa disahkan positif. Anugerah mengakui sangat terkejut kerana ibunya tidak menunjukkan gejala dijangkiti Covid-19.

Mangsa kemudian dibedah setelah melihat keadaannya yang semakin lemah namun disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan , proses rawatan menjadi perlahan dan pembedahan juga tidak dapat dilakukan. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.

Sebagai akibat dari penolakan bekalan nutrisi, terjadi gangguan menelan dan infeksi kepada pesakit yang menyebabkan pembedahan harus segera dilakukan dengan tujuan utama untuk memenuhi keperluan nutrisi pesakit sekaligus mengeluarkan benda asing (gigi palsu) yang ditelan.

Sementara itu, Anugerah mendakwa barang perhiasan seperti rantai dan cincin emas yang dipakai ibunya hilang saat menerima rawatan di hospital terbabit.

Baca Juga: Zul Ariffin mohon maaf muat naik aksi panas
Baca Juga: Tidak mahu susahkan ibu ayah, anak ini tekad berselipar hari pertama ke sekolah