Michael Ang naik angin isu ‘fast food’ nak saman gerakan pro-Palestin- “U memang support ISHELL di mata rakyat Malaysia”

Pelakon dan Pengarah, Michael Ang memberikan pandangannya mengenai isu restoran fast food antarabangsa yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap gerakan Pro-Palestin yang dikenali sebagai BDS Malaysia.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Michael atau lebih akrab dipanggil sebagai Mike, menyatakan bahawa restoran fast food tersebut tidak perlu bersusah payah untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia yang menganggap mereka sebagai pihak yang bersikap Pro-Israel. Mike berpendapat bahawa tindakan tersebut dianggap sia-sia.

“Tak payah lah nak tunjuk satu Malaysia you tak support IsHell! Sebab di mata kasar rakyat Malaysia you sokong IsHell!

“Dan nak ubah persepsi rakyat Malaysia pasal isu tu akan sama macam curah air dekat daun keladi,” tulis Mike.

Dalam penulisan akhirnya, Michael Ang mencadangkan agar rangkaian restoran antarabangsa terkenal tersebut memfokuskan usaha mereka untuk memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan daripada fokus kepada isu saman menyaman yang sia-sia.

“Duit yang awak semua nak bayar peguam tu, lagi baik derma dekat rakyat Malaysia yang memerlukan,” tulisnya lagi.

Baca juga: Sampai hati! Ibu bapa mahu ‘tamat’ riwayat anak ketika bercuti, sangka anak dirasuk rupanya sakit mental