Miliki hobi pelik, lelaki ini kumpul 350 pemadam api

Terlalu meminati pemadam api menyebabkan lelaki ini nekad mengumpulnya dan menjadikannya koleksi peribadi.

Dia juga sanggup membayar insuran sebanyak 20,000 Pound Sterling (kira-kira RM116,271) bagi koleksinya itu.

Richard Mackey, 60, mendapatkan pemadam api itu dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan juga Sepanyol.

Ada antara koleksinya yang berusia lebih dari 200 tahun dan mempunyai pelbagai kisah di sebaliknya.

Koleksi kegemarannya termasuk Waterloo, salah satu yang pertama mempunyai kartrij dalaman dan Valor dari Birmingham.

“Saya suka keunikannya tapi malangnya ia sudah tidak dibuat lagi.

“Isteri saya Jane menganggap hobi ini sia-sia tetapi dia menyukai untuk menggilap semua pemadam api ini,” katanya.

Baca juga: “Tiap minggu isteri balik rumah mertua, makan pakai semua buat sendiri sampai aku nekad nak hidup bujang semula”