Miliki kereta dan rumah agam, budak lelaki 6 tahun digelar ‘bilionair termuda di dunia’

  • Post author:

Tidak semua mampu untuk memiliki rumah agam dan kereta mewah, namun budak lelaki di Nigeria ini digelar ‘bilionair termuda di dunia’ selepas dihadiahkan rumah agam pertama pada ulangtahun kelahiran keenam.

Muhammed Awal Mustapha, 10, yang digelar sebagai Mompha Junior dihadiahkan rumah agam pertamanya ketika baru berusia enam tahun lapor Daily Star.

Dia juga dikatakan mempunyai banyak wang simpanan serta asetnya pula dikatakan bernilai lebih 12 juta pound sterling (kira-kira RM65.1 juta) iaitu lebih enam bilion dalam Naira Nigeria.

Bilionair di Nigeria hanya sebab harta ayah

Tidak seperi kanak-kanak lain yang memakai baju bercorak kartun, Mompha Junior lebih selesa memakai pakaian berjenama.

Mompha Junior juga mewarisi kekayaan sebagai anak tunggal kepada bintang internet Ismailia Mustapha, yang dikenali sebagai ‘Mompha Senior’.

“Memiliki rumah sendiri adalah salah satu perasaan terbaik yang pernah ada. Ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, ia tidak boleh diukur dengan wang.

“Ia meyakinkan anda bahawa selepas semua suka dan duka anda mempunyai tempat untuk pergi. Tempat yang tidak akan pernah menilai anda dan sentiasa menjemput anda dengan tangan terbuka.

“Tahniah anak saya atas rumah baharu awak. Hadiah hari ulang tahun kelahiran kamu daripada ayah,” kata Mompha Senior selepas menghadiahkan rumah kepada anaknya.

Difahamkan, ‘Mompha Senior’ menjana pendapatan daripada perniagaan pertukaran wang di Lagos sebelum beralih ke pelaburan.

Mompha Junior sering memuat naik gambar untuk pengikut media sosialnya, termasuklah gambar di hadapan kereta mahal seperti Lamborghini Aventador dan Bentley Flying Spur.

Baca Juga: Wanita maut jatuh tingkat 4 Suria KLCC

Baca Juga: ‘Jangan angkuh sangat ‘dosa dia saya tanggung’, di sana dosa sendiri pun tak tertanggung’