Tiga pelajar sekolah menengah didakwa kerana membunuh rakan mereka yang berusia 24 tahun di Bengal Barat, India.
Mereka menculik dan mahu meminta tebusan untuk membeli komputer supaya dapat bermain permainan video.
Polis menahan ketiga-tiga suspek dan membawa mereka ke sebuah mahkamah jenayah di Krishnanagar semalam.
“Mangsa hilang petang Jumaat lalu ketika pergi ke kedai untuk membeli barang.
Tiga sekawan terbabit bertindak membunuh mangsa selepas meragui ibu mangsa tidak dapat membayar wang tebusan sebanyak itu.
Media di India melaporkan bahawa mangsa telah dicekik oleh tiga rakannya selepas permintaan terakhirnya untuk makan pencuci mulut jenis rasgulla dan minum minuman sejuk dilaksanakan.
Mayat mangsa, yang terikat dalam sebuah guni, ditemui di sebuah kolam di bandar Krishnanagar semalam.
“Ibunya menerima panggilan yang meminta wang tebusan 300,000 rupee (RM16,894) pada keesokan harinya dan dia membuat laporan polis,” kata seorang pegawai tempatan.
Menurut sumber tempatan, bapa mangsa telah meninggal dunia sejak lama dan ibunya mencari nafkah dengan bekerja sebagai penjaga orang sakit.