Seorang wanita didapati terlalu banyak minum air mineral dalam masa singkat boleh membawa maut ianya sepertimana berlaku di Indiana, Amerika Syarikat.
Wanita itu meninggal dunia selepas minum empat botol air mineral sekali gus dalam tempoh 20 minit ketika sambutan hari kemerdekaan Amerika Syarikat di Tasik Freeman, Indiana semasa kejadian itu berlaku.
Menerusi New York Post, wanita bernama Ashley Summers dilaporkan meminum air empat botol air dalam 20 minit
Abangnya, Devon Miller berkata kapasiti setiap botol air purata 16 auns (470 mL). Jadi, jumlah air yang dia minum dalam masa 20 minit ialah 64 auns (1.88 liter). Setengah gelen. Itulah jumlah yang dia patut minum dalam satu hari.
Sebelum kejadian, pihak keluarga mengakui Summers mengadu pening dan sakit kepala yang teruk selepas minum 1.88 liter air dalam masa 20 minit.
Semasa tiba di rumah, Summers rebah di garaj sebelum dibawa ke Hospital IU Health Arnett.
Tidak lama selepas dibawa ke hospital, Summers disahkan meninggal dunia akibat keracunan air. Selepas diisytiharkan meninggal dunia, keluarga memutuskan untuk menderma jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan beberapa tisu tulang milik Summers.
Keracunan air atau ketoksikan air adalah situasi di mana seseorang mengambil terlalu banyak air dalam masa yang singkat.
Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku apabila buah pinggang menyimpan terlalu banyak air disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu. Terdapat beberapa gejala mabuk air, seperti rasa tidak sihat, kekejangan otot, sakit, loya dan sakit kepala.
Pakar Toksikologi Hospital Arnett Kesihatan IU, Dr. Blake Froberg, berkata bahawa punca kematian bagi kes yang jarang berlaku ini berkemungkinan terjadi semasa musim panas atau jika seseorang bekerja di luar rumah atau terlalu banyak bersenam.
“Terdapat beberapa perkara yang boleh membuat seseorang lebih berisiko, tetapi perkara utama yang berlaku ialah anda minum terlalu banyak air dan terlalu sedikit natrium dalam badan anda,” kata Dr. Froberg.
Baca juga: Pelik polis selalu sentuh belakang kereta yang ditahan. Ada SOP ke? Rupa-rupanya ada sebab