Miskin tegar negara ini akan dapat RM600. Bagaimana hendak menggunakannya, hanya pamer kad pengenalan ketika membuat pembayaran di 600 pasaraya aatau kedai runcit terlibat.
Mereka ini adalah Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana mereka ini akan membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara yang terlibat dalam program itu.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata antara premis terlibat ialah rangkaian Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), 99 Speedmart, Econsave, Lotus’s Malaysia dan Giant Hypermarket.
Penerima SARA hanya perlu tunjuk IC (MyKad) ketika buat pembayaran di mana-mana 600 pasar raya atau kedai runcit terlibat.
Jika ada baki sumbangan dari bulan pertama (yang bermula hari ini), baki boleh carry forward (bawa ke hadapan) untuk guna pada bulan yang berikutnya.
Ahmad berkata senarai penuh pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerusi pautan Bantuan Tunai.
Dalam pada itu, kerajaan mengumumkan lebih 210,000 penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih akan menerima SARA berjumlah RM600 mulai hari ini, dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember ini.
Dengan peningkatan kos sara hidup, kerajaan sedia memberikan bantuan kewangan kepada golongan miskin tegar di negara ini. Inisiatif ini dibuat atas dasar mahu meringankan beban membeli barangan harian.
Baca juga: Dua pelancong Rusia tidak tahu malu minta derma padahal nak keliling dunia tapi minta sedekah