Misteri ‘Banglo Gurita’ berharga RM7.5 juta, ini rupanya penjelasannya

Sebuah rumah banglo di Jawa Barat yang tidak berpenghuni ini menjadi bualan ramai apabila dikatakan menjadi tempat pemujaan dan berhantu kerana mempunyai binaan patung sotong gergasi di atasnya.

Rumah tersebut diiklankan baru-baru dengan harga 25 bilion rupiah (RM7.5 juta) yang menjadi perhatian ramai kerana harganya yang seakan tidak masuk akal.

“Rumah gurita berharga 25 bilion rupiah (RM7.5 juta), adakah berbaloi?” demikian menurut keterangan satu hantaran yang dimuat naik di platform X.

Netizen mendakwa rumah tersebut seram dan menakutkan namun tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan mereka.

“Seram harganya, lagi seram adalah rumahnya kerana ada banyak patung. Ditambah lagi dengan patung sotong gurita bersaiz gergasi,” kata seorang netizen.

“Seram kalau tiba-tiba patung-patung di rumah itu boleh bergerak sendiri,” ujar pengguna media sosial lain.

Namun, dakwaan tersebut disangkal oleh ejen hartanah tersebut yang mendakwa kediaman mewah itu hanya sebuah rumah yang biasa.

Pemilik rumah tersebut amat menggemari elemen lautan dan terdapat patung patung lain yang berada di bahagian dalam rumah.

Patung gurita besar itu pula adalah elemen yang sengaja ditambah dan ia juga adalah tangki yang diubah menjadi sotong gergasi.

Beberapa penghasil kandungan yang pernah melakukan lawatan ke rumah itu turut merakam bahagian dalam kediaman tersebut  mempunyai kolam mandi serta pelbagai jenis patung haiwan.

Baca juga: “Hari hari ‘overthinking’ takut isteri dia datang goda walaupun janji nak cerai, endingnya aku depression dia pulak dah dapat pengganti baru”