Misteri kain putih bergelimpangan di pantai Terengganu, netizen kata ada kaitan dengan ilmu sihir, betul ke?

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial TikTok berkenaan misteri kain putih yang terdampar dan bergelimpangan di tepi sebuah pantai yang dikatakan terletak di Terengganu.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dikongsi pengguna eddyazuan, dapat dilihat beberapa kain saling bergumpal dan terdampar merata-rata di persisiran pantai. Sekali pandang ada yang mendakwa seperti kain kafan!

Tetapi yang pasti, memang meremang tengkuk bila tengok video tersebut lebih-lebih lagi apabila terlihat beberapa kain putih terpalit dengan tompokan merah seperti darah.

Ramai tertanya-tanya kain apakah itu. Kejadian difahamkan berlaku di persisiran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, ramai yang memberi amaran agar orang awam tidak menyentuh kain putih tersebut kerana ianya kemungkinan digunakan untuk tujuan berkaitan ilmu sihir.

Bahkan ada yang mendakwa ternampak sesuatu di video berkenaan tetapi tidak dijelaskan entiti apa.

“Jangan usik, saya ternampak,” tulis pengguna TikTok.

“Hati-hati, jangan sentuh dan langkah..dekat pantai saya biasa jumpa macam-macam..Yang kain kuning pun ada,” tulis pengguna lain.

“Antara kain guna buang saka atau sihir, atau pun kain kapan jika ada kubur yang tepi laut terhakis kerana ombak besar,” komen pengguna lain pula yang beranggapan mungkin ianya tiada kena mengena dengan sihir.

Apa kata anda?

@eddyazuan

Siapa Ada info? Manalah tau kut ada tanah wakaf tepi pantai yg terhakis.. atau mungkin sekadar kain biasa yg terhanyut.. atau paling to takut kut ada kes berkaitan jenayah..

♬ bunyi asal – Eddy Azuan – Eddy Azuan

Baca juga: Buat lagu hina Islam, penyanyi berang saluran YouTube digantung

Baca juga: Individu minum kopi sebelum beli-belah, cenderung habiskan duit dan berbelanja tinggi