Misteri van jenazah bergerak tanpa pemandu, rupanya ini penjelasannya

Tular di laman sosial video sebuah kenderaan jenazah yang dilihat bergerak laju tanpa pemandu.

Kejadian misteri itu berlaku di Sulawesi Tengah namun di dalam video yang sama turut kelihatan ahli keluarga jenazah.

Melihat dari video yang ditularkan, kelihatan seorang ahli keluarga memegang keranda dan kedengaran suara tangisan wanita.

Perkara itu menimbulkan misteri menyebabkan ramai yang membuat tanggapan bahawa tiada pemandu yang memandu kenderaan jenazah tersebut.

Perkara itu segera dinafikan Ketua Polis Daerah Ampana Kota, Jimyarto Anasim dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Van tersebut adalah ambulans yang sedang membawa mayat dan memang dipandu seorang lelaki.

“Namun disebabkan pemandunya itu pendek dan sisi rakaman itu dibuat membuatkan van tersebut seperti bergerak sendiri,” katanya.

Beliau juga mengatakan rakaman video yang lebih panjang ada merakam pemandu tersebut namun dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab.

Baca juga: Air sungai berwarna ‘darah’, rupanya wanita pemilik kain batik dalang sebenar