Mohammad Bilal, seorang kanak-kanak yang menderita akibat kecacatan tempurung kepala akhirnya meninggal dunia di hari Jumaat.
Penyakitnya yang juga dikenali sebagai Holoprosencaphly meninggal dunia di pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, Kulim.
Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 26, ibu keoada Bilal yang berusia 3 tahun, berkata, dia reda dengan pemergian anaknya .
Bilal yang turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
“Walaupun sedih tapi saya reda dengan pemergiannya, beberapa hari sebelum ini, Bilal nampak seperti biasa cuma dia kerap merenget.
“Dia meninggal dunia ketika disamping saya dan suami pagi tadi,” katanya.
Nurul Izzati berkata, jenazah anak keduanya itu akan dikebumikan selepas solat Jumaat petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ular.
Sebelum ini media melaporkan penyakit Bilal semakin kronik selain kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.
Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya Mohammad Azhar Arzemi, 31, mahupun isterinya, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.
Seorang lagi anak mereka, Nur Khaulah Al-Azwar, 6, pula mempunyai masalah pendengaran serta tulang belakang.
Tempurung kepala Bilal semakin membesar dan kini mencecah 45 kilogram (kg).
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 31, berkata, lilitan kepala Bilal pula berukuran 175 sentimeter (sm) dan berat kepala bertambah setiap hari.
Mohammad Azhar berkata, keadaan itu menyebabkan Bilal hanya terbaring dan tidak boleh tidur dengan selesa, malah kerap menangis sepanjang hari.
Baca juga: Kecoh filem ‘blue’ pertama dibikin Malaysia, tawar RM500 seorang pelakon