Mohd Rafiq letak jawatan dalam Bersatu serta merta, bakal keluar parti?

Mohd Rafiq letak jawatan dalam Bersatu serta merta, bakal keluar parti?

Mohd Rafiq Naizamohideen, mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkuatkuasa serta merta.

Beliau dalam kenyataan berkata, akan menghantar surat peletakan jawatan kepada, Presiden Bersatu dan juga Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin esok.

Beliau turut memohon maaf atas segala kekhilafan sepanjang menjalankan tugas berkenaan.

“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka,” katanya di Facebook.

Peletakan jawatan ini, katanya bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai Bersatu Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang cukup bagi membuat segala persiapan berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Mohd Rafiq, tindakan melepaskan jawatan itu juga bagi membolehkan segala fokus dapat diberikan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu dan Bersatu Bahagian Tangga Batu.

“Ia juga bagi membolehkan saya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden Bersatu menjelang PRU15,” katanya.

sumber : FMT

COMMENTS