Monyet selalu sangat usik tanaman dan rumah anda, guna dua bahan ini je confirm monyet lari

Apabila rumah berada berdekatan dengan hutan monyet selalu ada bukan sahaja mencuri makanan anda malah merosakkan tanaman yang baru saja hendak berputik.

Monyet antara salah seekor haiwan yang akan kerap menjadi tetamu yang tidak diundang malah dihalau berkali0kali pasti akan kembali, jadi untuk mengelakkannya daripada datang ke rumah kita, guna dua bahan ini je confirm monyet lari

Namun kadangkala monyet boleh bertukar menjadi buas sehingga boleh mencederakan keluarga pemilik rumah. Sekiranya anda mempunyai kebun, keadaan akan bertambah lebih parah apabila haiwan tersebut memakan tanaman yang ditanam.

Bagaimanapun, sebelum menghalau monyet berkeliaran di rumah, pastikan anda melakukan perkara yang tidak mencetuskan sebab binatang itu sering menjadikan rumah anda sebagai persinggahan.

Cara yang dikongsi oleh Noor Jeey Pojie melalui Pakar diari hati di Facebook iaitu ramuan yang digunakan itu mampu menghalang dan menghalau monyet dari mendekati tanaman atau rumah anda.

Bahan-bahan tersebut ialah ubat gegat dan belacan. Menurutnya, ramuan itu berkesan untuk menghalau kumpulan binatang itu.

“Bahkan selepas dicuba bukan sahaja monyet, tikus pun tiada dah berkeliaran,” katanya.

Caranya mudah sahaja, tumbuk ubat gegat tersebut. Lebih mudah untuk dilakukan dalam plastik semasa mahu menumbuk.

Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan bersama belacan.

Apabila sudah sebati, masukkan dalam botol dan tebuk lubang supaya bau yang terhasil dari ramuan tadi keluar.

Kemudian, gantungkan di mana-mana sahaja kawasan yang monyet selalu singgah.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Akhirnya Ustaz Azhar Idrus tampil jawab ungkapan Abang Tesla-‘Jawapannya orang ini sudah tidak betul’