YouTuber terkenal dari Amerika Syarikat (AS), MrBeast, melakukan aksi yang berani dengan mengurung dirinya di dalam keranda yang dikubur di bawah tanah selama satu minggu.
Walaupun pengalaman tersebut mungkin menakutkan bagi kebanyakan orang, MrBeast, atau nama sebenarnya, Jimmy Donaldson, menerima cabaran untuk tinggal di dalam keranda selama seminggu sebagai hiburan untuk 212 juta pelanggan di saluran YouTube-nya.
Katanya, misi tersebut menyebabkan dia mengalami ‘sakit mental’ dan dia menasihati para pengikutnya untuk tidak mencuba melakukan aksi serupa di rumah.
Seperti karakter Uma Thurman dalam film Kill Bill, pempengaruh media sosial ini memutuskan untuk menghabiskan tujuh hari di dalam tanah.
Ketika menjalankan aksi tersebut, selebriti terbabit memasuki dalam keranda dengan pencahayaan inframerah yang canggih, sambil membawa bekalan makanan dan minuman.
Keranda itu juga dilengkapi kamera untuk merakam video.
Rakannya kemudian menggunakan jengkaut untuk meletakkan 9, 072 kilogram tanah bagi memastikan keranda itu benar-benar berada di bawah permukaan tanah.
“Saya mempertaruhkan nyawa saya kepada keranda ini untuk tujuh hari akan datang,” kata MrBeast dalam video itu sebelum memulakan aksi berkenaan.
Walaupun aksi itu dilakukan secara sukarela, dia mengalirkan air mata beberapa kali, termasuk ketika dikeluarkan dari keranda.
Difahamkan, Mr Beast pernah melakukan misi sama selama 50 jam.