Muda sangat! Terkejut tahu umur PM Thailand yang baharu

Ahli Parlimen Thailand hari ini memilih Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan jutawan Thaksin Shinawatr sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Paetongtarn, yang bapa dan ibu saudaranya pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, adalah pemimpin termuda dalam sejarah kerajaan Raja Berperlembagaan Thailand.

Baru sahaja berusia 37 tahun, beliau menjadi perdana menteri wanita kedua kerajaan selepas ibu saudaranya, Yingluck Shinawatra, dalam undian terpaksa diadakan selepas Mahkamah Perlembagaan kerajaan memecat perdana menteri sebelum ini Srettha Thavisin.

Beliau didapati bersalah kerana melantik Pichit Chuenban, bekas peguam dikaitkan dengan keluarga Thaksin yang mempunyai sabitan jenayah, sebagai menteri Kabinet.

Parti Pheu Thai memilih Paetongtarn sebagai calon penggantinya pada Khamis dan tiada satu pun daripada 10 parti lain dalam gabungan yang dipimpinnya mengemukakan alternatif.

Bhumjaithai, parti ketiga terbesar di Parlimen, berkata ia telah ‘bersetuju untuk menyokong calon’ dari Pheu Thai dalam undian semalam.

Paetongtarn dilahirkan di Bangkok pada 21 Ogos 1986 dan juga dikenali sebagai Ung In dalam kalangan rakyat Thailand, adalah anak ketiga keluarga Shinawatra yang berpengaruh dan pernah berkhidmat sebagai perdana menteri.

Beliau anak paling bongsu dalam kalangan adik-beradiknya dan juga anak saudara kepada Yingluck Shinawatra yang pernah menjadi perdana menteri pada tahun 2011 dan 2014 sehingga digulingkan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand.

Baca: Ini antara koleksi kereta mewah dimiliki Shuib, bukan calang-calang orangnya