Mudah rupanya buat sosej jumbo, lagi senang dapat kawal kandungan garam

Kadang-kadang kita kurang pasti tentang pemakanan anak anak di luar kerana kepelbagaian makanan yang diproses yang dijual menimbulkan keraguan.

Namun itu tidak menghalang ibu-ibu untuk menyediakan makanan yang sama seperti di luar untuk menarik selera anak.

Mari cuba resepi sosej jumbo homemade ini di rumah. Dengan membuat sendiri, anda dapat memastikan kebersihan dan bebas dari bahan pengawet berbahaya.

Kalau ikut resepi ini, bagi hari-hari pun tak risau dah.

Jika ada yang berminat untuk mencuba, mari ikuti resepi lengkap yang dikongsi oleh Puan Tsu Feh Sufiah di bawah. Buatlah banyak sekaligus untuk stok beku, dan anda boleh menggorengnya pada bila-bila masa yang diinginkan.

Resepi Sosej Jumbo Homemade

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 atau 4 keping dada ayam dalam 200gm setiap satu
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu tepung ubi
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit serbuk oregano
  • Sayur pilihan anda
  • Sedikit lada hitam (jika suka)
  • Daun ketumbar (jika suka)
  • Serbuk cili (jika suka)

Cara penyediaan:

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan (food processor). Kisar bahan-bahan tersebut sehingga hancur dan dicampur dengan baik.

Kaupkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam piping bag. Paipkan campuran tersebut ke dalam plastik aiskrim Malaysia.

Ikat dengan kemas dan sejukkan di dalam chiller.

Setelah campuran menjadi keras, buang plastik dan letakkan dalam alat pengukus. Kukus selama 15 minit.

Selepas proses kukus, teruskan dengan memasak dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 170°C atau sesuai dengan tahap kegaringan yang diinginkan. Selamat mencuba!

Baca juga: Patutlah jilat jari! Wanita kongsi rempah masakan digunakan ibu, rupanya dah expired tahun 1999