Setiap rumah pasti memiliki koleksi periuk belanga keluli tahan karat untuk kegunaan memasak.
Periuk ini biasanya dapat digunakan dalam jangka masa yang agak lama dan boleh bertahan sehingga ke generasi berikutnya jika penjagaannya dilakukan dengan baik.
Macam mana nak jaga periuk belanga kita supaya tahan lama macam ini. Boleh ikut perkongsian Angeline Tyy ini.
Cara betul jaga & bersih periuk stainless steel:
Elak diri anda dari menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/bersifat asid seperti asam, jus nenas/lemon, cuka, baking soda, Coke, atau garam untuk membersihkan periuk stainless steel.
Bahan-bahan tersebut dapat merosak permukaan berkilat stainless steel. Semua ini merupakan musuh ketat bagi stainless steel, menyebabkan permukaan yang berkilat menjadi kasar dan memudahkan kotoran melekat.
Cara yang betul adalah merendam periuk tersebut dengan air setelah selesai memasak.
Kemudian, buangkan air tersebut dan lap segala minyak, kotoran, atau makanan yang melekat menggunakan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
Basuh periuk menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang dibasahkan bersama Axion atau Swif detergent paste.
Selepas ini tidak perlu membuang masa menggosok dengan kuat. Cukup basuh seperti biasa kerana ia sangat mudah untuk dibersihkan.
Kemudian lap dengan tuala dapur kertas untuk keringkan sebelum disimpan. Dengan cara ini, periuk itu akan sentiasa kekal berkilat.
Selamat mencuba!
Baca juga: “Saya pukul Syaikhul, stress lepaskan kat anak-anak”- Puteri Sarah