Seorang mufti memohon maaf susulan teguran secara terbuka penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa. Ada yang berpendapat sepatutnya Siti Nurhaliza rasa malu dan muhasabah diri.
Konsert pada hari menghampiri bulan Ramadan adalah perkara yang melalaikan umat Islam daripada menumpukan perhatian kepada aspek pembangunan rohani.
Bagaimanapun salah seorang pengguan FB yang dikenali Abd Muati berkata, jika Dato’ Mufti mohon maaf kepada aku, bukan Dato’ Mufti yang malu tetapi aku yang perlu malu dan muhasabah diri sedalam-dalamnya.
Beliau menambah tentu ada kesilapan besar yang aku telah lakukan sehingga insan setinggi itu mengungkap maaf kepada aku yang bukan siapa-siapa ini.
“Dalam tingkah orang bijaksana terkandung maksud yang sangat dalam dan mesej yang sangat mustahak untuk diteliti, yang kerapkali tidak nampak pada mata kasar golongan marhaen. Cuba kaji dengan mata hati,” katanya.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor membuat permohonan maaf kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa.
“Bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera.
“Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu muslim atau bukan muslim.
“Ini kerana mufti bukanlah seorang yang maksum atau terpelihara daripada kesalahan dan pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah oleh mana-mana penganut agama Islam,” katanya.
Sementara itu, Wan Salim berkata teguran dibuatnya itu adalah ikhlas demi kebaikan umat Islam dan bukan untuk mencari populariti.
Dalam pada itu, Wan Salim turut menerangkan bahawa beliau amat berlapang dada tentang hiburan dan aktiviti seni umumnya.
“Bagi saya, agama Islam sebagai cara hidup yang selari dan seraksi dengan keadaan semula jadi manusia (fitrah) tidak mungkin menentang hiburan dan kesenian yang bersih (al-funun al-bari’ah) asalkan ia tidak mendorong kepada maksiat dan tidak melalaikan daripada kewajipan kepada Allah dan kepada sesama manusia.
“Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun saya tahu ada sebahagian ulama yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram serta berdosa,” katanya.
Wan Salim turut memohon maad kepada Siti Nurhaliza Yayasan Nurjiwa kerana membuat teguran secara terbuka sehingga menimbulkan polemik yang tidak dijangka.
Baca juga: 100 pastri terbaik di seluruh dunia, karipap berada di tangga ke-5 kalahkan Croissant dan Kunafa