Mufti tegur konsert dianjak demi hormati bulan ramadan, tak sangka ini respon padu Siti Nurhaliza

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dilaporkan akan tetap meneruskan konsert “Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza” yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mac ini.

Dalam kenyataan rasmi dari syarikat Siti Nurhaliza Tarudin, 45 tahun tujuan utama di sebalik penganjuran konsert ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.

“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.

“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” kata pengasas bersama Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa lagi.

Pada masa yang sama, Yayasan Nurjiwa turut memberitahu pihak pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bahawa hanya tarikh 9 Mac yang masih terbuka untuk disewa sepanjang tahun 2024.

“Buat pengetahuan semua, kami sudah membuat tempahan stadium sejak awal 2023 lagi namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan.

“Tarikh baharu yang diberikan pihak stadium adalah 9 Mac namun memahami matlamat utama konsert ini membuatkan Yayasan Nurjiwa mencapai keputusan untuk meneruskannya.

“Sekali lagi kami jelaskan, konsert ini bukan dianjurkan atas keuntungan sebaliknya, untuk rakyat Palestin.

Baca juga: “Suami asyik minta rantai emas sebab nak pajak, kali ketiga dia mintak aku terus naik angin”