Muhyiddin kini mahu jadi penternak ayam

Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendakwa beliau telah membela ayam penelur di kebunnya sebagai salah satu penyelesaian untuk masalah bekalan telur di pasaran.

Pengerusi Perikatan Nasional itu juga mendakwa kajian empirikal yang dijalankan ke atas 1,200 responden mendapati kos sara hidup adalah masalah yang paling ketara dihadapi oleh rakyat.

“Jawapan yang paling jelas adalah masalah pertama, adalah masalah kos sara hidup, masalah harga makanan yang tidak berhenti-henti, masalah bekalan makanan tak cukup, sampai telur pun tak cukup.

“Saya sudah mula pelihara ayam telur di kebun saya, satu hari 40 biji telur. Saya nak tunjuk boleh selesai masalah kalau kita usahakan sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan, di sini, pada Ahad malam.

Ahli parlimen Pagoh itu mengatakan tidak semua berkemampuan atau mempunyai tanah untuk membela dan menternak 30 hingga 40 ekor ayam dalam satu masa.

Baru-baru ini beliau menjengah ke gerai sekitar Taman Melawati dan menerima rungutan dari peniaga.

“Saya tanya harga ayam berapa? RM10 lebih sekilo, zaman saya jadi menteri dulu RM6.40.

“Dia cakap itu zaman Tan Sri dulu, memang naik (tapi) naik (sekarang) RM10 sekilo,” ujar beliau lagi.

Baca juga: Poster kemerdekaan julang pejuang komunis undang berang netizen, tak sangka rupanya direka oleh guru ini