Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan kesemua 50 ahli Parlimen dari parti gabungan itu sebulat suara mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi kerajaan PN yang baharu.
Beliau berkata, jumlah itu termasuk 31 ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 18 Pas, satu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan empat bebas pro-PN.
Menurutnya, beliau juga telah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.
Namun katanya, perlantikan ahli kabinet menteri nanti adalah bersyarat. Orang itu mestilah bebas dari kes mahkamah dan salahguna kuasa.
Berita Lanjut Menyusul.