Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiasat mengikut Akta Hasutan susulan ceramahnya berkait Raja, Agama dan Kaum (3R) dalam kempen PRK DUN Nenggiri, baru-baru ini akan didakwa hari ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Polis sebelum ini menerima 30 laporan polis berkaitan ucapan Muhyiddin dan serama 66 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Pagi ini video Muhyiddin sedang bersarapan dengan Azmin terlihat di di media sosial. Turut kelihatan adalah bersama-sama pegawai khasnya dan bekas Menteri Besar Johor dalam video tersebut.
Mahkamah Sesyen Gua Musang, di sini, hari ini menjadi tumpuan petugas media selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa mengikut Akta Hasutan pagi ini.
Seawal jam 7.30 pagi, petugas media mula berkumpul di perkarangan bangunan mahkamah bagi membuat liputan pertuduhan terhadap Muhyiddin yang dijangka berlangsung pada jam 9 pagi.
baca: Siapa ahli politik yang bantu Lim Goh Tong dapat 14 ribu ekar tanah di Genting?