Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat ibu bekas perdana menteri Najib Razak di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, petang tadi.
“Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah agar Tun Rahah (Mohamed Noah) yang merupakan balu perdana menteri kedua Tun Abdul Razak dan juga bonda Najib diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan,” katanya dalam catatan ringkas di Facebook.
Muhyiddin turut memuat naik gambar beliau berjalan seiring dengan Najib ketika lawatan berkenaan.
Gambar itu mendapat respons positif daripada pengikut pemimpin terbabit yang kebanyakannya mendoakan hubungan dua seteru politik itu kembali jernih.