Mujur tak mati ketika dibelit ular, lelaki ini gigit ular sawa sekuat hati

Mujur tak mati ketika dibelit ular itulah yang terjadi kepada seorang pengawal keselamatan yang nekad nekad menggigit seekor ular sawa.

Mangsa yang berusia 68 tahun itu dikatakan bekerja dan menetap di lokasi syarikat swasta di Bang Bo, wilayah Samut Prakan, Thailand.

Insiden serangan ular sawa itu dikatakan berlaku pada jam 10 malam Isnin di mana mangsa baru sahaja selesai mandi dan makan malam.

Ketika sedang berehat di dalam biliknya, tiba-tiba dia terasa sakit yang menyucuk di kakinya seperti digigit sesuatu malangya dia mendapati seekor ular sawa telah menggigit kakinya dan cuba melilit lehernya.
.
Mangsa cuba bergelut dan melawan ular itu sambil meminta bantuan daripada mereka yang berada berdekatan dengan lokasi serangan tersebut.

Bagaimanapun, ular sawa yang berasa terancam itu kemudiannya melilit mangsa dengan lebih ketat.

Disebabkan tidak dapat melawan kekuatan lilitan ular sawa itu, mangsa kemudiannya memutuskan untuk menggigit ekornya dengan sekuat hati lalu ular sawa tersebut mula melonggarkan lilitannya dan cuba untuk melarikan diri.

Dalam cubaan melarikan diri itu, mangsa berjaya memegang kepala ular itu dan membawanya ke balai polis untuk melaporkan kejadian serangan tersebut.

Mangsa berkata bahawa dia hampir mati dalam pergelutan dengan ular sawa tersebut.

Dalam pada itu, polis memaklumkan bahawa ular yang dibawa mangsa telah diserahkan ke sukarelawan Yayasan Ruamkatanyu.

Baca juga: ‘Bukan alasan anak, tapi aku yang suntingkan madu untuk diriku’