Mulai esok rakyat Malaysia tak perlu bayar tol selama 7 hari di pintu masuk Malaysia-Singapura selepas kerajaan memberi pengecualian tersebut sempena pembukaan sempadan negara.
Pada semalam, kerajaan mengumumkan pengecualian bayaran tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Link Kedua) yang menjadi laluan Malaysia – Singapura sempena pembukaan semula sempadan bermula 1 April ini.
Gambar Hiasan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian bayaran tol di plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara itu diberikan kepada semua jenis kenderaan selama tujuh hari.
Jelas Ismail Sabri lagi, keputusan ini juga diambil kira setelah penutupan sementara sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol itu.
“Pengecualian ini diberikan kepada rakyat Malaysia dan pengguna bagi menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ serta ‘Smart Tag’.
Ismail Sabri berkata, pengecualian itu juga tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.
Baca juga: https://themalaysialife.com/buat-laporan-polis-palsu-lepas-hilang-kad-pengenalan-untuk-elak-denda/
Baca juga: https://malaysiadateline.com/roshana-takim-uitm-prof-serentak-meletup-di-twitter/