Mulai hari ini penumpang MAS tidak perlu ‘switch off’ handphone semasa pesawat berlepas atau mendarat

Mulai hari ini semua penumpang MAS tidak lagi perlu ‘switch off’ handphone semasa persawat berlepas ataupun mendarat.

Kebiasaannya, semasa menaiki pesawat, juruterbang pasti akan membuat pengumuman meminta peranti elektronik peribadi atau mudah alih (PED) milik penumpang dimatikan atau berada dalam mod penerbangan.

Langkah ini penting kerana jika peranti tidak dimatikan, ia dikatakan boleh mengganggu sistem elektronik sebuah pesawat.

Berita baik buat penumpang bagi Malaysia Airlines (MAS), Firefly dan Masswings. Kini anda tidak lagi perlu menutup peranti elektronik anda semasa pesawat berlepas atau mendarat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi — kumpulan penerbangan MAG yang terdiri daripada MAS, Firefly dan MASwings merupakan kumpulan syarikat penerbangan pertama yang mendapat kelulusan daripada Pihak Perkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Kelulusan ini membenarkan sambungan pintu ke pintu menerusi tawaran WiFi percuma kepada penumpang tiga syarikat penerbangan tersebut bermula 1 Julai 2023.

Ini bermaksud penumpang tidak perlu lagi mematikan telefon bimbit terutamanya ketika pesawat hendak berlepas atau mendarat.

“Penumpang tidak lagi perlu mematikan PED mereka semasa pesawat berlepas dan mendarat, seperti yang dikehendaki sebelum ini mengikut keperluan peraturan dan pesawat,” katanya.

Baca juga: Cara simpan daging korban yang betul barulah daging kekal fresh dan tahan lama