Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa ketidaksenangan terhadap tindakan anak perempuan isteri baharu bekas suaminya, Fizi Ali, yang dilihat menutup mulut anak mereka dalam gambar perkahwinan mereka.
“Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok… Sekeping foto yang dimuat baik memperlihatkan anak perempuan (isteri Fizi) menekup mulut anak saya.
“Sebagai seorang ibu saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas,” katanya
Pada Isnin, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, mengumumkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya, Siti Zulaikha, 30, pada pagi hari itu.
Pasangan tersebut mengadakan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor, yang dihadiri oleh kedua keluarga mereka.
Dalam pada itu, Shakilla menyatakan bahawa dia terkejut apabila menerima berita perkahwinan Fizi, terutamanya kerana baru-baru ini mereka bertemu semula ketika Fizi ingin mengambil anak mereka.
Shakilla mendakwa Fizi memberitahunya bahawa dia ingin membawa Ameena ke taman tema air, tetapi sebenarnya dia mengambil anak mereka untuk menghadiri majlis pernikahannya.
“Saya pun terkejut tiba-tiba dia berkahwin… Semalam Fizi ada datang ke rumah dan sempat kami berbual panjang mengenai anak”.
“Tapi tidak pula dia beritahu nak nikah pada Isnin cuma memaklumkan mahu ambil anak sebab nak pergi taman tema air”.
“Sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya”.
“Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya,” ujarnya.
“Saya harap sepanjang Ameena bersama Fizi dan keluarga baru, jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.
“Kalau dia gembirakan anak, saya okay tapi kalau dia disakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” katanya.
Untuk rekod, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34 dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.