Murid hadiahkan beg Smiggle, Kate Spade kepada rakan dan guru sempena hari akhir sekolah


Seorang pelajar darjah 3 menjadi tumpuan netizen setelah memberikan hadiah-hadiah berjenama kepada rakan-rakan sekelas dan guru kelasnya.

Melalui perkongsian video di TikTok oleh pengguna @nurashikindin, anaknya menyatakan keinginan untuk memberikan sesuatu kepada setiap rakan sekelas serta guru kelas pada hari terakhir persekolahan.

Maka, beliau dan suaminya mencari barangan yang sesuai untuk dijadikan hadiah sebagai tanda ingatan ketika anak mereka tidak lagi belajar di sekolah tersebut.

Kira-kira 20 murid dalam kelas tersebut menerima hadiah-hadiah dari jenama Smiggle, sementara guru kelasnya menerima hadiah dari jenama Kate Spade.


Menurut keterangan dalam video tersebut, pelajar darjah tiga tersebut akan berpindah dari sekolah kebangsaan ke sebuah sekolah Islam integrasi.

“Dengan penuh rasa terima kasih abang. Nanti di sekolah baru, abang jaga adik-adik ya. Hafiy & Hafiq akan sekolah sama dengan abang. Sama-sama pakai jubah.

“Hafiz Harith secara rasmi mengakhiri pengalaman di sekolah kebangsaan,” ujar @nurashikindin.

Video tersebut telah menerima lebih daripada 1 juta tontonan. Banyak warganet terharu melihat tindakan murid lelaki tersebut memberikan hadiah-hadiah berjenama sebagai tanda ingatan.

Baca juga: “Kami miskin, mak ayah tak pernah bawa pergi berjalan atau makan kat luar jadi bila masuk universiti aku jatuh sakit sebab tak reti nak makan makanan luar…”

Terdapat juga pertanyaan kepada @nurashikindin mengenai hadiah jenama Smiggle yang diberikan oleh anaknya kepada rakan sekelas. Jawapannya ringkas – termasuk kotak pensel, set alat tulis, botol air, atau beg makan tengah hari.