Murung jaga mak mentua jenis membuli, adik ipar lelaki pun buat perangai tapi suami tak peduli keluar memancing

Lelaki kalau bergaji kecil, tak mampu sediakan rumah sendiri untuk keluarga, tak payahlah ego tidak benarkan isteri bekerja.

Suami juga perlu sentiasa mempertahankan hak dan maruah isteri di hadapan keluarga, kerana suamilah satu-satunya orang yang menjadi pergantungannya.

Tekanan demi tekanan yang dihadapi isteri yang terpaksa tinggal di rumah mak mentua yang nyanyuk serta dalam masa sama suka mengherdiknya akan menjejaskan emosi malah fizikal isteri.

Ikuti perkongsian daripada Abudi Alsagoff ini yang antara lain mengingatkan para suami biarpun tidak kacak tetapi hati dan akal budi kena kacak lagi budiman kepada isteri:

AKU TERIMA NIKAHNYA

Di Klinik Jiwa. Makcik ini dah beberapa kali aku jumpa. Masih muda. Bertudung bawal, berkulit putih, memang menarik perhatian.

Kali ini, dia datang dengan suaminya. Suami dia kurus tinggi, kulit sawo matang, rambut ikal, gigi depan berlubang. Bezanya macam langit dengan bumi, tapi cinta tetap mengikat, hingga lautan api pun jadi selesa.

Cerita dia tak luar biasa. Tapi cerita biasa yang menyakitkan hati.

Ini cerita Dhia dan Ali. (Bukan nama sebenar). Mereka dah kahwin lebih kurang 6 tahun. Ada tiga anak comel dan aktif.

Hidup mereka bahagia, tapi setahun ni, Dhia mula murung, sedih selalu, tidur tak lena, rasa letih.

Dhia dah tak suka bercakap, lebih suka menyendiri dan merenung.

Yang peliknya, Dhia mudah marah, dan anak-anak kecil mereka jadi mangsa.

Dhia rasa hidup tak ada makna, lagi tiada guna. Dhia rasa sendiri menghadap semua ni.

Dan baru-baru ni, Dhia dengar suara-suara dalam kepala dia, “kau tak berguna” “kau patut mati” “kau menyusahkan orang.” Kadang-kadang Dhia nampak benda yang seram.

“En. Ali, dulu bila kenal Dhia, dia macam mana?”

“Dhia ceria doktor, selalu senyum. Mulutnya bercakap banyak.”

“Tapi sekarang?”

“Dhia bukan Dhia yang dulu.”

“Apa jadi?”

“Tak tahu, tak ada masalah.”

Lepas tu, anak mereka minta pergi tandas. Dhia bawa anak tu. Anak kecil setahun lebih yang ikut tu, anak bongsu mereka, “nak ibu, nak ibu!”

Dhia jadi panik, Ali? Dia cuma duduk diam.

“Tak ada masalah betul?”

“Takde doktor.”

“Biar saya beritahu, boleh?”

“Boleh.”

“Anak awak yang menangis tu masalah pertama.”

Ali terdiam.

“Ini masalah Dhia:”

  1. Sejak kahwin, Dhia tak dibenarkan kerja, tapi dia kena jaga mak mentua.
  2. Mak mentua tu dah tua, suka lupa. Yang teruk, mak mentua selalu mengkritik Dhia, pemalas, masak tak sedap. Padahal, Dhia yang tolong jaga mak mentua yang buang air dan basuh kencing.
  3. Adik-beradik Ali tak sanggup jaga mak, “kami tak tahan dengan mak. Kau jagalah. Isteri kami semua tak boleh dengan mak. Jadi, kami kena selamatkan isteri kami,” tanpa sedar Dhia makan hati.
  4. Bila keluarga datang, adik-beradik Ali kutuk Dhia, pemalas, dan sebagainya. Suami cuma mengiyakan tanpa pertahankan Dhia.
  5. Rumah mentua ada adik lelaki. Budak universiti, cuti sebab kemalangan tapi dah semakin baik.

Makan pakai adik ipar juga Dhia kena uruskan. Baju berbakul-bakul jika Dhia tak basuhkan. Tapi bila Dhia merungut, “kau buat apa kat rumah, takkan itu pun tak boleh buat.”

  1. Bila Dhia balik rumah maknya, kata iparnya “nak mengelatlah tu.”
  2. Adik ipar beli KFC, tapi hanya untuk anak dia, bila anak-anak Dhia merengek, mereka kata beli sendiri. Dhia terpaksa minta mak sendiri belikan.
  3. Bila Dhia penat, uruskan anak-anak, yang semakin aktif dan nakal, dan perlu rehat sebentar, Dhia juga yang pemalas.
  4. Mak mentua sering merendahkan Dhia pada adik-beradik Ali.
  5. Suami, kerja dari pagi sampai malam. Balik kerja, tidur terbongkang sebab dia penat bekerja, katanya Dhia dah rehat sepanjang hari.
  6. Bila Dhia memasak, dengan anak-anak yang merengek, mak mentua dan adik ipar akan marahkan Dhia, tak pandai jaga anak sebab tu bising, tapi mereka tak mahu tolong jaga.

Maka Dhia akan memasak sambil mengendong si kecil, dan letak di para sebelah kuali.

Dhia diberi amaran, jaga anak jangan bagi bising “kacau tidur aku,” kata adik ipar.

  1. Dhia tak boleh balik rumah mak sendiri, sebab siapa nak jaga mak mentua, kata ipar yang lain.

Dan setiap hari Dhia yang kena menghadapi semua ini.

  1. Perlu pakai tudung sepanjang hari kerana adik ipar lelaki. Rumah panas tanpa kipas dan air cond.
  2. Bantulah isteri anda menjaga anak. Bermain dengan mereka. Tanggungjawab dikongsi bersama, anda akan menjadi sehandsome Adiputra.

“Awak pernah ucapkan terima kasih pada Dhia?”

“Tak pernah.”

“Pernah tanya dia penat ke tak?” “Tak pernah.”

“Bila stres apa awak buat?” “Pergi memancing.”

“Dhia?” “Dia kena jaga mak.”

“Itu mak awak atau mak Dhia?” Ali tunduk.

“Dhia, berapa lama awak masuk tandas kalau mandi atau buang air besar?” “Kena cepat-cepat doktor, anak ikut masuk bilik air atau merengek depan pintu.”

“En Ali?” “Setengah jam ke sejam.”

“Awak buat apa? Main dan update Facebook kan?”

“Ya doktor.”

“Dulu masa awak ambil Dhia daripada ibu bapanya, comel lote kan. Tapi bila awak jaga kenapa jadi macam ni?”

“Dulu dia lawa sebab mak bapak dia jaga, tapi dia tak comel selekeh sekarang ni, siapa yang jaga dia?”

“Saya.”

“En. Ali rasa Dhia penat tak?”

“Penat sangat doktor.”

“Semalam kan doktor, saya nak sangat makan ikan bakar, saya minta abang belikan, mak mentua saya kata kenapa saya menyusahkan anak dia,” kata Dhia.

Ali tunduk. “Pernah awak pertahankan isteri awak? Bila adik-beradik lain kutuk dia awak back up dia?”

“Tak.”

“Kalau awak di pejabat, awak kerja keras, tapi orang puji orang lain, apa awak rasa?”

“Marah.”

“Pernah awak puji Dhia?”

“Tak pernah.”

“Saya memang teruk,” Ali menitiskan air mata.

Wahai suami,

  1. Isteri hanya mahu dipuji. Mereka juga mahu dimanja.
  2. Pujilah. Katakan mereka seindah bidadari syurga. Pujian anda akan membahagiakan mereka.
  3. Sesekali bawalah mereka ke mana saja yang mereka suka.
  4. Bincang dan tanya. Apa mereka mahu dan suka.
  5. Sesudah berkahwin, bukan tugas dia menjaga mentua. Itu tugas anda sebagai anak. Bila dia menjaga, dialah bidadari sejati.

Bincanglah dengan adik-beradik lain. Mereka sayangkan isteri mereka jadi bawa mereka keluar rumah, tapi mereka semua hina Dhia. Dhia boleh jaga ibu, tapi bergilir-gilirlah. Bawa berbincang.

“Bila awak paling bahagia Dhia?”

“Masa suami sewa rumah lain kejap, saya rasa bebas nak pakai apa pun di rumah saya.”

  1. Adik-beradik lain yang tak mahu menjaga masih okay, tapi mulut tak perlu jadi puaka. Bila itu terjadi, pujuklah isteri anda.
  2. Berilah dia “me time”. Dia juga mahu makan, mandi, dan berak dengan tenang.
  3. Sekali-sekala belilah hadiah buat penghargaan, makan cendol semangkuk tulis buat isteri tersayang pun dah kembang setaman perasaan isteri. Siap dia upload Facebook “hari ini hari paling happy.”

“Abang, kita ni muka tak hensem tak apa abang, yang penting hati kene handsome.”

“Perempuan kalau dah sayang, bulan bintang pun dia sanggup tinggal bang, sehidup semati, tapi sekali kau buat dia benci bang, sampai mati pon dia akan benci.”

Biar cinta bertapak dijanji, berpasak di hati, Bukan cinta bertapak di kaki, berpasak di body.

Kemurungan dan suara halus Dhia tu, itu bukan sihir, itu memang BUATAN ORANG. Buatan Ali pada cinta Dhia.

“Dan bila AKU TERIMA NIKAHNYA, janji itu bukan dengan dia atau mak ayah dia, janji itu pada Allah, pada Tuhanmu yang menciptakan.”

BACA “Kakak ipar dengan laki anggap aku macam bank bergerak, anak nak pergi trip sekolah duit aku pulak dimintak”