Ibu yang mempunyai anak yang sedang membesar, pasti tahu amat sukar untuk mengekalkan rumah yang bersih dari segala permainan yang disepahkan oleh anak-anak.
Bukan senang untuk kekalkan rumah yang bersih, dan tidak semua orang mampu untuk menggaji pembantu rumah bagi membantu urusan rumahtangga.
Namun, bukanlah sesuatu yang mustahil jika ibu-ibu yang tegas melaksanakan peraturan di rumah yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, seperti yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Wan Nur Atikah.
Jom ikuti perkongsiannya:
1) Anak bermain satu tempat saja
Tetapkan peraturan untuk bermain hanya di dalam bilik anak-anak adalah langkah yang baik. Di ruang tamu, tidak dibenarkan bermain. Makanan juga hanya boleh diambil di meja makan dan makanan harus diambil serentak. Ini secara tidak langsung dapat memudahkan proses kerja mengemas, dengan menyelesaikan beberapa tugas sekaligus.
2) Tak simpan barang
Wan Nur Atikah tidak gemar menyimpan barang kerana rumahnya tidak mempunyai stor. Berbeza dengan sesetengah orang yang mungkin menyimpan barang bernilai sentimental, dia cenderung untuk hanya menyimpan barang-barang yang digunakan dalam kehidupan harian.
Apabila barang-barang itu tidak digunakan untuk tempoh yang lama, dia akan meletakkannya di luar rumah dan memberi suaminya peluang untuk menyelesaikan sama ada untuk dijual semula, disedekahkan, atau dibuang.
3) Jangan beli barang tak sesuai dengan rumah
Kalau beli barang yang tidak mengikut tema rumah, mesti nanti akan nampak lagi serabut bukan? Contohnya dulu Wan Nur Atikah ada banyak raga baju yang besar dengan pelbagai warna. Bila masuk rumah baharu, barang ini terus dia bagi kepada orang lain yang mahukannya.
4) Tetapkan tema warna rumah
Wan Nur Atikah mahukan yang ‘simple’ saja sebab anak tengah lasak nak berlari, main kejar-kejar. Jadi setiap kali nak beli barang hiasan rumah kena fikir dulu.
5) Ajak anak kemas rumah bersama
Tuntutan kerja sebagai jururawat membuatkan Wan Nur Atikah tidak mempunyai banyak masa untuk mengemop dan menyapu lantai. Namun solusinya adalah setiap malam sebelum tidur, dia akan meminta anak anak mengemas bersama sama dan hasilnya setiap pagi rumah akan kekal bersih.
6) Baju semua gantung
Ini untuk kurangkan masa untuk melipat dan menyimpan baju. Malahan baju bersih dalam raga juga akan kosong jika menggunakan teknik mudah ini.
7) Peralatan dapur beli satu set
Disebabkan rumah tiada rak lebih, jadi beli peralatan dapur yang sama corak dan seragam. Ini memudahkan untuk menyimpan kerana ketiadaan ruang khas untuk tempat simpanan.