Musim mengawan dah tiba, kura-kura gergasi larikan diri hingga dilanggar kereta api

  • Post author:

Bukan sahaja manusia yang perlu mencari pasangan, binatang juga mahukan pasangan untuk mengawan. Ini terjadi di Cambridge, England, kura-kura gergasi dengan berat 50 kilogram (kg) ditemui ditengah landasan kereta api hingga menyebabkan ia tergendala.

Network Rail Anglia berkata, insiden itu menyebabkan perkhidmatan tiga kereta api tergendala, ia berlaku apabila seekor kura-kura gergasi Afrika bergerak ke landasan berhampiran stesen Harling Road di Cambridge.

Clyde dikatakan lari dari rumahnya dengan merobohkan dinding blok konkrit sangkarnya untuk mencari kura-kura betina yang dipercayai kerana musim mengawan.

Kura-kura alami cedera ringan selepas dilanggar

Pegawai kereta api berkata, kura-kura itu yang bernama Clyde, dilanggar kereta api, tetapi hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, kura-kura itu adalah haiwan peliharaan. Ia bagaimanapun sudah dikembalikan ke rumahnya, kata Network Rail Anglia.

“Kami gembira untuk melaporkan bahawa Clyde baik-baik saja.

“Kami menyelamatkan seekor kura-kura gergasi Afrika seberat 50 kg dari landasan berhampiran stesen Harling Road selepas dilanggar kereta api yang merosakkan cengkerangnya.

“Kami gembira untuk memaklumkan Clyde dalam keadaan baik. Ia akan pulang ke rumah tidak lama lagi #ClydetheTortoise,” kata perkhidmatan kereta api itu menerusi Twitter.

Baca Juga: Wanita anak pemungut sampah pegang gelaran Miss Universe Thailand

Baca Juga: Baik hati bagi kawan guna slip gaji beli telefon baru, wanita buntu asyik dikejar bank minta hutang