Mydin tawarkan diskaun khas kepada para media dengan syarat…

Para media tidak terlepas daripada membeli barang keperluan dapur yang terlalu mahal namun Mydin melalui Facebooknya telah mengumumkan sesuatu untuk para media.

Seperti yang dijanjikan oleh Datuk Ameer iaitu pemilik kepada Mydin dengan rasminya akan menawarkan diskuan khas kepada para media untuk membeli barang keperluan di pasaraya itu.

Antara syarat yang penting adalah para media harus menunjukkan kad perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

“Kepada para pemegang Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia!,” tulis admin FB itu.

Anda hanya perlu tunjukkan Kad Perakuan Media di cawangan Mydin berdekatan semasa membeli-belah di Mydin.

Tetapi ia tertakluk kepada terma dan syarat.

#MYDINMalaysia #MYDINxJaPen

Baca juga: Reda isteri pada tangan suami dan tidak bau syurga, Ustaz Wadi nasihat Kak KM