Nadir jawab tuduhan Ebit Lew mengenai isu “buat apa dengan RM20 juta”

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew telah persoalkan sumbangan sebanyak RM20 juta yang diterima oleh pihak NGO Cinta Gaza Malaysia daripada rakyat Malaysia dan menuntut penjelasan daripada pihak Nadir Al-Nuri.

Lantaran itu, menerusi Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia secara live di Facebook tadi tampil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit iaitu isu sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setiap tahun yang disalurkan bagi misi kemanusiaan di Gaza, Palestine.

Nadir Al-Nuri menegaskan bahawa pihak Cinta Gaza Malaysia tidak mendapat sebanyak RM20 juta setiap tahun dan perkara berkenaan adalah palsu. Malah, sumbangan yang diterima bukanlah diuruskan oleh pihak Cinta Gaza Malaysia sahaja tetapi sebenarnya dikumpulkan bersama oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda.

Malah, pihak Cinta Gaza Malaysia hanya mengambil 3% sahaja untuk admin fees sedangkan boleh mengambil sehingga 30%. Tambahnya, beliau turut mengalu-alukan NGO yang lain untuk membentangkan perbelanjaan masing-masing dan mendedahkan ke mana sumbangan tersebut disalurkan.

sumber : https://www.thevocket.com/nadir-al-nuri-nafikan-dakwaan-dan-jawab-isu-terima-sumbangan-rm20-juta-setahun/