Nafi penyakit OCD, nenek ini lipat pakaian macam pembaris tersusun elok je

Seorang nenek menjadi viral baru-baru ini penangan beliau yang begitu rajin menyusun semua pakaian seperti disusun menggunakan pembaris.

Nenek itu merupakan seorang tukang urut jadi tidak hairanlah rumahnya penuh dengan kain batik. Biasnaya tukang urut akan dihadiahkan kain batik oleh seseorang yang pernah diurutnya.

Kisah ini bermula dengan suami isteri yang pergi ke rumah nenek itu di Kuala Krai, Kelantan. Keadaan ruang menyimpan pakaian meskipun sederhana tetapi memukau kerana susun aturnya terlalu kemas.

Mohamad Noh Isnaninee, 36, berkata dua rak yang dipenuhi kain berlipat dan disusun begitu teliti membuatkan dia dan isteri berasa kagum dengan orang lama.

Beliau dikatakan daripada Johor berkongsi pengalaman menariknya ketika bercuti di Dabong, Kelantan pada Isnin.

“Makcik tu sebenarnya nenek kepada kawan isteri saya yang bekerja di syarikat sama. Kebetulan mereka tahu kami pergi berjalan-jalan di Kelantan, dia pun pelawa kami tinggal di rumah dia.

“Setibanya di rumah dia, kami terkejut tengok susunan barang-barang termasuk semua pakaian. Keadaan sekeliling dalam rumah sangat kemas dan bersih,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan Noh di TikT0k, isterinya merakamkan keadaan pakaian di ruangan tengah rumah nenek, Zaini Mamaat yang berusia 57 tahun seorang tukang urut kampung di Kuala Krai.

@adammar1819

Replying to @Muaz ramai yg request nk tgk tutorial lipat kain baju kan,ok kite bagii! untk muaz jgn lupe tunaikan janji tu! ☝🏼😁 hee #nohika #aachickenwing #nohcendol #puraloklok #jjcm #kelantan #manikurai #kualakrai

♬ original sound – nurulatika963 – nurulatika963

Tidak pulang dengan tangan kosong apabila mereka dihadiahkan kain batik dan kain pelikat.

“Rak tu ada banyak tuala, baju dan seluar. Semua tersusun rapi, kemas macam susun pakai pembaris. Cara nenek lipat baju pun macam pakai mesin cetak semua sama je.

“Nenek melipat pakaian setiap hari. Dia seorang buat semua, lebih kurang 30 minit dia ambil masa untuk melipat pakaian setiap hari,”ujarnya.

Noh yang merupakan anak angkat keluarga itu bagaimanapun menyangkal dakwaan segelintir komen net1zen yang melabelkan nenek berkenaan menghidapi penyakit gangguan obsesif kompulsif (OCD).

“Sebenarnya nenek tak ada penyakit macam tu. Nenek memang rajin dan pembersih, sebab tu dia suka mengemas.

Baca juga: Penangan Kieda Crepe, beratur sampai 3 jam di Ipoh