Nafsu syaitan! Pelajar maut dibelasah lepas rogol nenek usia 100 tahun

Manusia bertopengkan syaitan, pelajar lelaki tergamak ceroboh rumah dan rogol warga emas berusia 100 tahun yang sedang tidur di rumah. Jeritan warga emas tersebut mengejutkan penduduk kampung yang akhirnya berindak memukul pelajar tersebut sehingga mati.

Memetik laporan Daily Star, lelaki berkenaan, Pius Mwireri yang merupakan pelajar universiti di Kenya dipercayai telah menceroboh rumah warga emas terbabit dan merogolnya ketika mangsa tidur.

Wanita itu sempat menjerit meminta pertolongan dan penduduk kampung bergegas ke kediaman mangsa untuk menghulurkan bantuan.

Mereka yang berang dengan tindakan itu bertindak memukul lelaki terbabit sehingga mati. Dua orang penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian kemudian melaporkan kepada pihak polis.

Mayat Pius Mwireri kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Sementara, warga emas berkenaan turut dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Baca Juga: Pukul dulu baru lapor, lelaki curi getah cedera dipukul orang awam

Baca Juga: Sembilan tahun Najib jadi Perdana Menteri, dia buat apa?